HOME FOLLOW LOVE DESIGN FB TWITTER INSTA

Binar, Bening, Berlian ϟ


Hah! Mesti kempius bila tiba-tiba je gua update pasal sinetron. Almaklumlah, gua kurang berminat dengan sinetron ni. Panjang sesangat. Lepastu merapu pulak tu ._. Karang tiba-tiba muncul Ibu Peri lah, anak hilang lah. Aii pening pening.

Oi cik Aimi, salam hang kemana? Kelaut? Heheh^^ Assalamualaikum.

Cenggini ceghitanya, Adik-adik sedara gua , Moknik, Amy, Alia, dan tak lupa adik gua, Suraya(*Amboi, interframe ya dalam blog gua nampaknya) Depa ni selalu bising kalau jumpa gua time balik kampung . Cakap muka gua macam Berlian. Gua pun pelik bercampur kempius lah. Tahun bila pulak Berlian ada muka. Ye lah. Gua ingat Berlian yang depa duk cakap tu, adik beradik dengan permata, intan, delima, zamrud semua tu.

Sekali depa cakap ‘Berlian’ tu perempuan dalam Cerita Binar, Bening, BerlianMemang haram lah gua nak kenal ._. Last last, sebab curious sangat. Gua pun google. Rupanya ‘Berlian’ ni Asmirandah.



Source: Google.

Kalau Asmirandah ni gua kenal lah. Sebab dulu kecik kecik, masa darjah lima ke darjah enam entah, Gua ada lah tengok ceghita ‘Kau Masih Kekasihku’. Satu ceghita tu jelah yang gua tengok. Memang ceghita tu gua layan gila gila. Dulu minat Baim Wong. Hiks :*

Lepas tertipu tengok ceghita Bawang Merah Bawang Putih je, gua stop tengok sinetron ._. Okay. Conclusionnya: 

Moknik weh, tak sama pun muka aku dengan Asmirandah :/ Harap maknyah.

Sorry guna ‘gua’. Seronok kot. Ngee. Peace ._.

Budak Biasa ._.

Aku.
Budak biasa.
Kadang-kadang peramah.
Kadang-kadang sarkastik.
Kadang-kadang baik alim,
Kadang-kadang bangang abadi jugak.

Nampak aje sombong.
Tapi cuba lah tegur,
tobat hang menyesal tegur aku.
Mesti tak larat nak layan aku

Tapi,
Kalau kau ada tegur aku,
Mula-mula je aku layan.
Lama-lama aku buat dek je.
Jangan lah marah aku.
Sebab, maybe.
Maybe la.
Kau macam pesen 
'menjengkelkan' sikit.

Manalah tau.
Kata-kata kau.
Cara kau cakap.
Ada macam tak kena.
Banyak tanya ke pasal peribadi.
Banyak perli menganjing ke.
Suka mendesak ke.
Sape suka kan.

Aku bukan nak 
cakap aku bagus.
Aku pun sama je.
Banyak kurangnya.

Aku memang macam ni.
Aku bukannya jenis budak 
yang tak reti melawak.
Aku just selalu awkward 
dengan orang yang baru kenal.

Aku menulis bukan 
untuk impressed people.

Aku menulis just 
untuk suka suka.

Aku menulis just untuk appreciate
kehadiran mereka-mereka dalam hidup aku.

Aku menulis just sebab nak 
buang rasa sedih dalam hati.

Menulis ni terapi time happy dan sedih.
Tak percaya?
Sila lah cuba ya.

Aku,
Budak Biasa.

So, persoalannya disini
Patut ke aku kecewakan orang yang banyak
bagi kegembiraan dan harapan dekat aku 
dengan kembali kepada orang
yang dah banyak sakitkan hati aku?

Eh. Kelaut pulak. Tak ada kaitan langsung.

Best regards,
Aimi Middleton

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...