HOME FOLLOW LOVE DESIGN FB TWITTER INSTA

Hashtag #PuisiMawar

Assalamualaikum guys. Fenin fenin -.- Cramp hoi cramp. Beku otak aku. Tengah berperang dengan assignment. Literary Analysis Paper. Memang macam nak ajak bertumbuk bertampar lah kalau nak buat benda ni. Menguji tahap kesabaran. Huish jangan macam ni, nampak tak iklaih nak belajaq tu. 
By the way korang. Em em. Aku ade satu cerita. Em em em em nak cerita ke tak ha. *Ha ni kalau depan aku, orang macam ni mang dah lama makan siku* Heheh.
Nak dijadikan cerita, sejak dua tiga empat lima enam menjak ni, aku banyak fikir pasal benda ni. Dah tambah dalam wishlist. Tapi, teragak agak nak buat. Sebab macam tinggi sangat je angan angan aku tu. Hurmmm.
I wish to publish a book. Poem based. But in malay lah. Puisi.
Dah lama dah terfikir, teringin. Tapi tak pernah yakin. So this time nak try. Ada sapa sapa nak support dak? Cuba angkat ketiak tangan, nak tengok. Haha.
By the way nak ajak korang tengok my puisi dekat Instagram. Just search for my Instagram, @aimimiddleton or the hashtag #PuisiMawar
Really hope that you guys can give me feedbacks on those poem. Mana yang perlu dikuatkan, diperbaiki lagi. I am just a newbie. A baby. Awww. Ngehngeh. Just let me know. Kalau nak kasi tips or know-how about poem, kecik tapak tangan, sebesau tapak kaki aku tapak kat muka kau. Hah sudah. Gila. Sengal aku dah tak terkawal. Sebesaq padang bola bercantum padang golf bercantum kolam renang kelab darul ehsan saya tadah kan, sayang! Heeee. Jangan marah :*


Mawar / Arjuna

Assalamualaikum guys. Nah hadiah untuk readers Mawar Khayalan. Ceh. Ada ke readers nya kak oi. Apa apa pun, nah. Untuk korang, jejiwang sikit bukan selalu ye dok. 

Mawar Arjuna ❤

Tersampuk bisu
Saat kau tinggal aku.
Tanpa kata; aku terkelu.
Terkedu.

Aku tunggu.
Tetap disitu.
Tempat janji kita dahulu.
Saat dua jiwa masih rasa satu.

Nampak dungu.
Namun kau tak tahu.
Jenuh buat hati jadi beku.
Yakinkan aku kita tak ternoktah begitu.

Berhenti berharap pada janji itu.
Usah ditunggu arjuna seperti kamu.
Mudah berkata tak sesenang laku.
Hanya hati ini yang rasa; kau tak pernah tahu.

Mawar.

Pada dasar rasa itu.
Aku tinggal kekasihku; kamu.
Tak mahu sunyi terus membelenggu.
Saat aku diam membisu.

Aku tahu kamu tunggu; tetap disitu.
Tempat janji ditabur aku dulu.
Jiwa kita masih satu, 
Percaya sama kata aku.

Usah difikir kau dungu.
Itu bakal parahkan luka mu.
Aku tahu hal yang satu itu.
Namun sengaja tak endah kan mu.
Perit kau buat hati beku.
Terpalit juga rasa sakit itu; pada aku.

Jangan takut bayangan dahulu.
Usah ditunggu arjuna seperti aku
- untuk sementara waktu.
Kejar dahulu citamu.
Kelak bakal ku jemput mu
- diam di mahligaiku.

Arjuna.

Perasan puitis kejap macam kokping ⇨ Fynn Jamal. Puisi kunun. Kalau nak comment on the penggunaan ayat and bahasa, nak bagitahu mana yang patut dibaiki, nak pujipuji, sila kan. HEHE. Saya perlu jasa anda yang satu itu ❤

Much love,
Aimi Middleton.

Fippro '14

Assalamualaikum guys. Nak dijadikan cerita, malam semalam aku pergi tengok student diploma music perform dekat Panggung Budaya, UPSI. Sebab aku pergi even assignment berlambak mintak dimanja dibelai ialah aku dah lama teringin nak tengok budak budak tu perform. Pergi dengan classmates tercinta; nana, dena, razi and chematpoy. 
Fippro '14 ni stands for Final Performance Project 2014. Rupa rupa nya semalam tu launching je. Time dia kata performance tu dah habis, aku tak percaya. Siap cakap alah dia buat gimik je ni lepaih ni mesti dia sambung perform tapi tengok tengok memang habih. Heheh. 
The real one is Pementasan Fippro '14 bulan March nanti. 13-15 March 2014. Time study week. Dekat Panggung Budaya jugak. Ingat nak pergi. Tiket masuk MYR 7 sahaja and maka bertambah beruntunglah kalau ade yang murah hati nak belanja aku tiket Pementasan Fippro '14 tu. Lol.
By the way, performance diorang semua gila gila best lah. Ternganga mak tengoknya, nyah. Haha. Best best. You guys did a very good job ❤ 


  JOM LA KITA PERGI SESAMA NANTI. 13 TO 15 MARCH 2014. PANGGUNG BUDAYA UPSI. Much love, Aimi Middleton ❤



Inspiration, love and life.

Assalamualaikum guys. Hah tengok, bila mood dah mai balik, banyak pulak aku nak update. HEHE. Takde ape pun nak cerita tapi taktau kenapa harini I am so happy. Happy lah kau kelas Isnin full, tiba tiba banyak gila cancel. Tinggal kelas Miss Fairus je dua jam. Kena buat public speaking and my turn dah lepas tadi so lega gila even aku taktau aku merapu ape tadi. Heheh.
Cerita pasal blogging lah ape lagi. Douglas pun cerita pasal blogging jugak. And what amazed me is he talked about me. Haha awww perahsan nya kitew. Kahkah. 
It is amazing to know that we inspire people to do something. I mean it's not just a some-thing - it's a great thing. Well you see, someone is doing something because he or she saw you did that thing and think why not he or she did the same thing too. It's amazing you know. You trigger him or her to do something that you really love -- which is for me, blogging. *English gua berterabur. Harap dimaafkan*
Heheh. You know what Dougy, kalau ikutkan I ni nak give up blogging. Siap rasa nak delete blog lagi but after I know that I inspire someone to blog, I feel like bersemangat balik nak blogging. So thanks so much, dougy. I tak jadi nak delete my blog! Heeeeee.
Dougy; owner Dougnereus

Kelas Miss Fairus tak pernah mengecewakan. Always happening. I love you, Miss. You make my day. Hehehe. *Gula overdose* ❤
Lepas tu otw balik tadi, terserempak dengan Bai Baizura, a blogger too. Dah lama kenal, but never met in person. Dia mang budak upsi tapi dulu dia duduk kolej, so tak berkesempatan nak jumpa. Sekarang ni dia duduk satu line je dengan rumah aku. Bai, gua pun speechless tadi. Bhahahaha.
Harini banyak gila manusia dekat UPSI. Yelah budak degree baru start sem harini. Ramai nye lah umat. Tapi nasib banyak yang handsome2, cuci mata lah jawabnya. Haha gila.
P/s: Nana comel ❤ *nana suruh, dia nak interframe jugak. Heheh. Asal kau bahagia, sahabat :*

Much love, 
Aimi Middleton ♡
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...