HOME FOLLOW LOVE DESIGN FB TWITTER INSTA

Mawar / Arjuna

Assalamualaikum guys. Nah hadiah untuk readers Mawar Khayalan. Ceh. Ada ke readers nya kak oi. Apa apa pun, nah. Untuk korang, jejiwang sikit bukan selalu ye dok. 

Mawar Arjuna ❤

Tersampuk bisu
Saat kau tinggal aku.
Tanpa kata; aku terkelu.
Terkedu.

Aku tunggu.
Tetap disitu.
Tempat janji kita dahulu.
Saat dua jiwa masih rasa satu.

Nampak dungu.
Namun kau tak tahu.
Jenuh buat hati jadi beku.
Yakinkan aku kita tak ternoktah begitu.

Berhenti berharap pada janji itu.
Usah ditunggu arjuna seperti kamu.
Mudah berkata tak sesenang laku.
Hanya hati ini yang rasa; kau tak pernah tahu.

Mawar.

Pada dasar rasa itu.
Aku tinggal kekasihku; kamu.
Tak mahu sunyi terus membelenggu.
Saat aku diam membisu.

Aku tahu kamu tunggu; tetap disitu.
Tempat janji ditabur aku dulu.
Jiwa kita masih satu, 
Percaya sama kata aku.

Usah difikir kau dungu.
Itu bakal parahkan luka mu.
Aku tahu hal yang satu itu.
Namun sengaja tak endah kan mu.
Perit kau buat hati beku.
Terpalit juga rasa sakit itu; pada aku.

Jangan takut bayangan dahulu.
Usah ditunggu arjuna seperti aku
- untuk sementara waktu.
Kejar dahulu citamu.
Kelak bakal ku jemput mu
- diam di mahligaiku.

Arjuna.

Perasan puitis kejap macam kokping ⇨ Fynn Jamal. Puisi kunun. Kalau nak comment on the penggunaan ayat and bahasa, nak bagitahu mana yang patut dibaiki, nak pujipuji, sila kan. HEHE. Saya perlu jasa anda yang satu itu ❤

Much love,
Aimi Middleton.

16 comments:

  1. bertabahlah teman. sebenarnya sy ikut perkembangan awak.macam mana semuanya berlaku.memang perih kan? faham,sy pun baru pulih dari rasa sebegini. kalau pulih sebelumnya rasanya tak,tak mungkin kot tapi itu lah.suatu hari nanti,sembuh juga. semoga berjaya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya allah. Masa merawat. Dont worry :) Thanks for the concern ❤

      Delete
  2. Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih mawar..singgah blog saya ^^..salam kenal

    http://ssurianahyana.blogspot.com/2014/01/bunga-lilies-of-valley.html

    ReplyDelete
  4. pandainya berpuisi... terpegun kak mia membacanya....

    ReplyDelete
  5. bahasa terlalu indah,
    tak mampu jari nak bermadah,
    mencari kesalahan jua tak mampu sudah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks. Same goes to your words here, sis Sally ❤ Puitis much :)

      Delete
  6. Saya tertarik rangkap terakhir bahagian Arjuna tu. Maksud dia jelas dan menerangkan keseluruhan puisi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hey. Thanks for visiting my blog and left such a lovely and warm comment. I look through your blog and found it cool. I love your blog. Keep in touch :)

      Delete
  7. yana dari dulu silent reader aimii. tpi bila bace #puisimawar tu. why syg ?? :) be strong. yana pn pernah alami jgk dulu. masa memainkn peranan. btw. puisi tu. sedap !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah lah yana. Things happened. But it's okay. I'm used to it ;)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...