HOME FOLLOW LOVE DESIGN FB TWITTER INSTA

Weekend.



Sementara tunggu baju aku direndam (kejap lagi nak bilas), baik aku update cerita jumaat last week. Sementara boleh update ni, baik aku update. Karang sampai kesudah blog tak ber update. Ni pun ade orang tanya bila nak update blog -.-

Taman perumahan aku ni start dari awal bulan haritu, kena catu air. Dua hari ade air, dua hari takde air. 

So, hari jumaat haritu. Aku dengan housemates pergi lah mandi sungai. Sungai Samak. Dekat Teratak Riverview, Tg Malim. Dia punya aura budak kampung tu bila dah keluar, memang rasa macam nak tidur dalam sungai tu takmau balik balik. Haha. Berendam, menyelam, terjun bagai. Dah macam jantan dah kau aku tengok Aimi Syafiqah hoi. Nampak je macam lemah lembut ni haa. Bila keluar jantan dia kau layankan aje lah. Tapi seronok la. Best mandi kat sungai tu. 

Cuma nye it's quite dangerous la sebab kitorang semua gegirls. Ada 'buaya'. 'Buaya' ni manusia la. Bukan buaya real. lolol. Haritu pun kitorang pindah tempat dua kali kut, sebab ada bebudak lelaki tetiba redah port kitorang TT *Sadis*

Gambar kat sungai takdak. Aku kalau dah jumpa sungai, dah tak ingat apa apa dah. Mahap. Heee

Best la spend time dengan bebudak ni weekend lepas sebab next semester kitorang dah tak jumpa dah. Pergi lepak makn sekali. Siap pergi round campus proton city lagi. Next semester kitorang practical. Nanti hujung tahun pulak mai Tg Malim balik. Final exam minggu depan. Wish me luck. 

Puisi Mawar #2

Penyelamat Cinta

Saat kau jatuh tertiarap.

Dia yang hulur tangan, beri harap.
Untuk digenggam kejap.
Yakinkan kau, hidup tak bakal gelap.

Tahu, kau takkan termakan cinta.

Sebab buta dek duka sengsara.
Perlahan diajar semula apa arti rasa.
Agar kau bisa kembali nikmati indah dunia.

Dipimpin tangan tuk balik berjalan.

Seinci pun kau tak dia tinggalkan.
Dibuai dengan perasaan, kasihan hanya alasan.
Hati yang dia hendakkan; sebagai tukar balasan.

Bila sembuh luka, habis hilang rasa kecewa.

Saat itu jangan pula kau tinggal dia.
Sebab dia sangka, dirinya penyelamat cinta.
Dan kau juga pernah rasa, sakitnya bila diri diluka.

Mawar Khayalan, 2014.


Puisi lagi di sini.

Mawar Arjuna?

Games Day UPSI

Assalamualaikum guys. Haritu, a friend of mine ajak pergi Games Day dekat UPSI organized by bebudak Diploma Game ni lah. So, orang dah ajak kan, kena la pergi. Cehh. Haha. Games Day tu 1 and 2 of March 2014.
So semalam, pagi tu aku pun pi library. *Sumpah tak ingat dah pasal games day. Al maklum lah dah tua. Nyanyuk kateko* Pi library sebab nak siap kan assignment lah kan ape lagi. Submission minggu depan. Otw nak g library tu terjumpa bunting Games Day tu. Haa baru lah time tu eden teringat.
Bila dah siap siap assignment, gerak lah g sana. Atas paksaan banglong aku, Farhan Suhaimi. Duk sane lepak lepak kejap, sembang sembang dengan member, ade la dalam sejam lebih duk sane, then pi makan then balik.
Ape yang aku boleh cakap, aku kureng sikit dengan game game ni. Candy crush, flappy bird bagai tu pun aku tak main, ini kan pulak Counter Strike, PES and Dota. Lagi lah tak. Tak kuase mak. Haha. But overall it was fun. Kalau aku ni peminat tegar game, lagi lah fun kan. Tak balik dah aku rase. Duk dekat SITC tu pagi petang siang malam. Haha.
Harini ade lagi but unfortunately tak sempat nak pergi sbb duk buat esaimen kat library. Padahal SITC dgn library tu dekat sangat je. Heheh. Maap lah ye. Tak sempat. Till then. Nanti aku update pulak kot kot ade pi join mane mane event kat upsi ni nanti.
Next Event ⇨ Konsert Fippro '14
Much love,
Aimi Middleton ❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...