HOME FOLLOW LOVE DESIGN FB TWITTER INSTA

The Return of Superman

Assalamualaikum guys. Nak cerita pasal The Return of Superman. Haaa ni bukan cerita superhero adik beradik batman, spiderman, captain america hengsem etc. Ni cerita variety show korea, where artis-artis lelaki korea jaga anak anak depa without their wife for 48hours. Cast dia Tablo (Epik High), Jang Hyeonseong, Choo Sunghoon and Lee Hwijae. 
TABLO: penyanyi YG Entertainment, satu company dengan Bigbang 2NE1 semua. Anak dia, Lee Haru (4 y/o) ni cute. Suka sangat dancing and singing (like father like daughter). Suka bebenau dia nyanyi lagu I Love You (2NE1) and dance lagu Fantastic Baby (Bigbang) tu.
JANG HYEONSEONG: an actor and kalau tak silap dia under YG Entertainment jugak. Anak dia dua orang; Jang Junu (12y/o) and Jang Junseo (7y/o). Junu ni pandai, hengsem (ceh. Umur 12 tahun dah hengsem dah. Hiks) and gentleman. Adik dia, Jang Junseo ni manja yang amat. Yela. Bongsu kannn (berdendam nampak, Sapikah oi. Heheh^^)
 CHOO SUNGHOON: a fighter, a celebrity as well. Dia ada jadi guest Running Man xD Dia ni citizen japan, but both of his parent asal korea. Anak dia kiut miut gila kau. Choo Sarang. Cute nak mati -.- Cute lah cute. Esok esok kahwin nak anak cute macam si Choo Sarang ni jugak. Heheh ;) Wife dia, Shiho Yano top model dekat Japan.
LEE HWIJAE: MC and gagman kalau tak salah aku. Tapi dia memang bengong sikit. Bengong in sense of lawak gila lah. Lawak lawak pun sweet gila dengan bini. Heho ^^ Anak dia twin (Ohh aku nak twin jugak T___T) Lee Seoeon and Lee Seojun. Comel, serius comel. Baby kan mestilerr comel. 
By the way, don't miss this show. Dah masuk episode 23 dah. Try lah tengok, mesti nanti melekat kesudah (*macam aku ni ha) Tengok dekat Youtube, channel KbsWorld yeee. Dia keluar every Sunday, kalau kat Youtube lah. Kalau kat KBS I tak sure sebab rumah tak ada astro. *Sad life*

Till then, bye ^^
Perlukan servis editing blog? PM or DM me okay :)

Fobia Pelik Amat


Assalamualaikum guys. Pe citer? (dibaca: pa citaaa?) Korang ada fobia ape ape tak? Aku ada satu fobia. Yang pelik. Emm entah. Takde pelik sangat kot. Aku takut gegila dengan air. Laut, sungai, kolah air dalam bilik air, even air dalam baldi pun kengkadang aku ngeri. Kau tahu kenapa? Sebab aku selalu bayang ada wild animal, eceh wild animal hengko, ada binatang especially buaya akan keluar daripada bendalah air tu. Ya even air dalam baldi. Bak kata member aku, memang buaya tu muat pun nak keluar daripada baldi. Tapi memang serius aku ngeri aa kalau tetiba dia mai teringat tang buaya tu. Kengkadang piranha, kengkadang ikan jos, ikut kesesuaian kestabilan imaginasi minda aku time tu lah. Okey, takpe. Boleh gelak. Aku dah biasa digelakkan angkara benda ni. RARE weh.
Dulu bagi aku ni tempat (kolah air) paling seram tapi sekarang mahap la ye, dah jadi port favourite. Lol^^ Ni kalau dah masuk ni mau sejam lepaih tu baru keluau.
Tapi yang peliknya, kalau pergi mandi sungai or laut tu kengkadang tak ingat pun. Dah balik baru aku teringat tadi aku pi main kat tempat yang ada air banyak. Haa. Kalau time tetengah berendam tu buat nya tetiba teringat buaya kan, memang aku naik lah, takde nya nak turun turun dah dalam sungai or laut. But jarang jugak lah teringat sebab aku ni hantu sikit kalau kat sungai. Dah macam jantan -.- Takleh duduk diam.
But then point yang paling penting nya kat sini, aku takut air dan buaya; tak kira lah buaya dalam air atau buaya darat. Ehhh. *mohon terasa* Uihhh tolong lah terasa.
Another thing yang aku fobia, katak. Perhh yang tu takyah cerita lah. Daripada jauh kalau nampak, dah siap tergedik menjerit macam pondan. Geli nya ya allah tak boleh nak describe macam mana. But then yang peliknya aku ni taktakut pulak dengan lipas. Selalu nya kan gegirl takut lipas, macam bebudak rumah aku tu haaaaa. Yang pukul tiga pagi kejut aku suruh buang lipas dalam bilik. Mamai mamai ha sampai aku pun tak sedar aku buang lipaih. Esok pagi kecoh, tuan punya badan taktahu apa apa pun. Sleep walking ke hape. Lelaki pun ada jugak yang takut setahu aku. *buaya, mohon terasa lagi sekali* Entri ni memang penuh dengan keterasaan buat anda. Aku ni la haa yang selalu terlebih perkasa even kurus kering ibarat sepohon kayu daunnya rimbun, pergi buang lipas kalau ada kat rumah sewa tu -.- 
Another thing yang aku paling takut/ fobia TRYPOPHOBIA. Entah betul eja nya entah ke idak. Aku malaih nak google karang tak pasal pasal keluar gambar dia, mau aku tak tidur seminggu. Yang ni tak payah cerita panjang, kalau kau berani pegi gooogle sendiri, aku tulis ni pun dah terbayang. Pehh kegelian sungguh.
Korang pun mesti ada phobia sendiri kan, share lah kat comment :) Till then, bye ^^
 Perlukan servis editing blog? PM or DM me okay :)
#PuisiMawar Entry hot bulan ni ^^ | Dia kan ada | Mawar/ Arjuna | Instagram^^

Boyfie Baru, You^^

Assalamualaikum guys. Haa blog berwajah baru. Konon. Jangan terkejut pulak banyak bebenau gambau pakwe kita, Choi Jinhyuk ni dalam blog (bawak bersabar. Sindrome orang single mang cenggini). Amboi melaka sangat bebenau, gambau bagai. Heheh^^

So, Aimi dah buka balik service edit blog. So kalau sape sape perlukan service edit blog, just pm dekat Facebook or dm dekat Twitter. Lama lagi cuti semester, so meh la bagi aku kerja sikit sorang. Takde lah nak membongak je makan tidur makan tidur dekat home sweet home ni. Haa^^
Serius tak tahu nak update apa. Cuti sem ni kerja nya belek belek buku poetry dengan novel LejenPress je. Taktahu bila trait suka membaca ni melekat dekat aku. Esok esok jadi rama-rama buku lah aku. (*Rama-rama buku tu ulat buku punya kakak tiri. Oke tak lawak.) Serius cakap, kalau bagi remaja belia muda lagi ceria macam aku ni (cehhhhh), buku buku LejenPress, SelutPress, SangFreudPress etc memang di recommend baca. 
Cuti ni je, aku dah baca Seyogia, Sampai Waktu, Bibir Ceri Melati and Langit Vanilla. Benda nya sebab dulu aku baca Seksi Ovari (a poetry book) classmate aku punya. Aku memang minat pun poetry, tak kira malay or english poetry but dulu aku just search, tengok tengok kat internet jelah. Takdelah beli buku bagai tapi sekarang ni siap collect lagi buku poetry; tapi slow slow lah fulus kureng cuti cuti sem ni. Then, aku beli Awek Chuck Taylor, a novel from LejenPress, serius wa cakap lu (amboi wa cakap lu weh), cerita ACT best. Thumbs up ;) Cenggini haa best dia (Y) --> bayang je lah aku angkat like guna tangan dengan kaki kaki sekali. Nak cakap betapa best nya Awek Chuck Taylor.

Lepaih tu, buku Seyogia ni lagi satu. Cerita dia 'rock' yet sedih. Haa baca lah kalau nak tahu. Cerita dia 'ringan' but ada deep meaning. Aku ada post gambar dekat Instagram; description as below:

Dua jam. Macam mengembara dalam masa. Tak rugi dua keping not merah aku. Tak sia sia seratus dua puluh minit aku luang kan untuk baca dua ratus sembilan mukasurat hasil tulisan penulis talented, @amalhmsn . Aku, yang dari kecik teringin nak ada abang memang jatuh cinta habis habisan dengan jazman/ sot ni. Apak caring loving gila. Nak abang jugak hoi. Nak abang macam sot. Hati yang kononnya macam stainless steel ni last last cair jugak. Menangih macam pondan ataih katil tadi, memang selamat lah bucu selimut pink aku tu buat lap ayaq mata. Apa apa pun, good job @amalhmsn . Jatuh cinta dalam gila dengan SEYOGIA
"Cinta antara mereka tidak pernah bertemu muka. Cinta antara mereka terus terusan membuta. Cinta antara mereka hanya mengait rasa derita."  
Mama pernah tanya buat apa baca buku buku macam ni. Tak ada apa yang boleh diguna bawak masuk periksa. Jawab aku mudah aja. Aku jumpa KEHIDUPAN dalam setiap bait kata penulisan alternatif. Aku rasa cukup hidup dalam dunia 'ini'. Apa yang aku baca cukup untuk buat aku kenal apa arti hidup dalam kaca mata sendiri. Dah jatuh cinta dengan @lejenpress ❤ Hiks.

Kan Ada.

Assalamualaikum! *nada wak doyok* Haha tetiber. Eh ha tu la korang taktahu, aku dah tiba tiba ter fall in love (dibaca: pol in leb) dengan wak doyok. Semalam straight tengok KKKK (Ke Korea Ke Kita), tak tidur malam. Tiba tiba (tiba-tiba lagi, banyak nau tiba-tiba aku hari ni. Penuh dengan ketiba-tibaan sungguh) haa tiba tiba aku bangun awal harini. Miracle omputeh kata. Pukul lapan, tapi lelepak dulu lah atas katil, perabih baca Bibir Ceri Melati // Fazleena Hishamuddin. Best woh best *lap peluh kat dahi* Motif~ 

Drama sangat hengko mak pepagi ni -.- Pagi la ni even pukul sebelas. 
a.m. lagi ni oi.

So, hari jom kita breakfast. Aku belanja. Aku belanja puisi satu. Buat dibaca sesambil kau breakfast. Breakfast apa entah dah pukul sebelas lebih. Okay lah, brunch brunch.

KAN ADA
Mawar Khayalan, 2014

"Don't worry. Aku kan ada."

Sejujur-benarnya.
Aku sudah mula
ragu-ragu
dengan frasa itu.

Macam mana nak percaya?
Kalau di pengakhirannya,
yang ungkap kata,
yang sama juga,
yang pergi bawa lari bahagia,
yang menyebar wabak luka.

Hujung-akhirnya.
Aku mula percaya
pada satu frasa
yang tak bisa
disangkal siapa-siapa.

"Don't worry. Allah kan ada."

Di setiap duka,
Dia yang nanti anugerahkan cahaya.
Dia yang bakal bawa kan bahagia.
Bahagia yang dulu aku fikir segalanya.
Di beri pula yang lebih sempurna.
Jauh dari yang disangka.

Yang lebih istimewa,
diberi hanya percuma.
Tanda kasih Dia
pada insan hina
yang bernama
- hamba.

One of my kind of poems. Kalau nak tengok lagi, moh ler jengah instagram. Search dekat hashtag #PuisiMawar :) Have a nice day ahead.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...