HOME FOLLOW LOVE DESIGN FB TWITTER INSTA

Boyfie Baru, You^^

Assalamualaikum guys. Haa blog berwajah baru. Konon. Jangan terkejut pulak banyak bebenau gambau pakwe kita, Choi Jinhyuk ni dalam blog (bawak bersabar. Sindrome orang single mang cenggini). Amboi melaka sangat bebenau, gambau bagai. Heheh^^

So, Aimi dah buka balik service edit blog. So kalau sape sape perlukan service edit blog, just pm dekat Facebook or dm dekat Twitter. Lama lagi cuti semester, so meh la bagi aku kerja sikit sorang. Takde lah nak membongak je makan tidur makan tidur dekat home sweet home ni. Haa^^
Serius tak tahu nak update apa. Cuti sem ni kerja nya belek belek buku poetry dengan novel LejenPress je. Taktahu bila trait suka membaca ni melekat dekat aku. Esok esok jadi rama-rama buku lah aku. (*Rama-rama buku tu ulat buku punya kakak tiri. Oke tak lawak.) Serius cakap, kalau bagi remaja belia muda lagi ceria macam aku ni (cehhhhh), buku buku LejenPress, SelutPress, SangFreudPress etc memang di recommend baca. 
Cuti ni je, aku dah baca Seyogia, Sampai Waktu, Bibir Ceri Melati and Langit Vanilla. Benda nya sebab dulu aku baca Seksi Ovari (a poetry book) classmate aku punya. Aku memang minat pun poetry, tak kira malay or english poetry but dulu aku just search, tengok tengok kat internet jelah. Takdelah beli buku bagai tapi sekarang ni siap collect lagi buku poetry; tapi slow slow lah fulus kureng cuti cuti sem ni. Then, aku beli Awek Chuck Taylor, a novel from LejenPress, serius wa cakap lu (amboi wa cakap lu weh), cerita ACT best. Thumbs up ;) Cenggini haa best dia (Y) --> bayang je lah aku angkat like guna tangan dengan kaki kaki sekali. Nak cakap betapa best nya Awek Chuck Taylor.

Lepaih tu, buku Seyogia ni lagi satu. Cerita dia 'rock' yet sedih. Haa baca lah kalau nak tahu. Cerita dia 'ringan' but ada deep meaning. Aku ada post gambar dekat Instagram; description as below:

Dua jam. Macam mengembara dalam masa. Tak rugi dua keping not merah aku. Tak sia sia seratus dua puluh minit aku luang kan untuk baca dua ratus sembilan mukasurat hasil tulisan penulis talented, @amalhmsn . Aku, yang dari kecik teringin nak ada abang memang jatuh cinta habis habisan dengan jazman/ sot ni. Apak caring loving gila. Nak abang jugak hoi. Nak abang macam sot. Hati yang kononnya macam stainless steel ni last last cair jugak. Menangih macam pondan ataih katil tadi, memang selamat lah bucu selimut pink aku tu buat lap ayaq mata. Apa apa pun, good job @amalhmsn . Jatuh cinta dalam gila dengan SEYOGIA
"Cinta antara mereka tidak pernah bertemu muka. Cinta antara mereka terus terusan membuta. Cinta antara mereka hanya mengait rasa derita."  
Mama pernah tanya buat apa baca buku buku macam ni. Tak ada apa yang boleh diguna bawak masuk periksa. Jawab aku mudah aja. Aku jumpa KEHIDUPAN dalam setiap bait kata penulisan alternatif. Aku rasa cukup hidup dalam dunia 'ini'. Apa yang aku baca cukup untuk buat aku kenal apa arti hidup dalam kaca mata sendiri. Dah jatuh cinta dengan @lejenpress ❤ Hiks.

18 comments:

  1. ingt pakwe baru apa la td. upanye ltk idol baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. pakwe baru lah sangat sis liyliz hoi ;) hee^^

      Delete
  2. waa buku adi wafi pun ada!hewhew..
    actually aritu I ade terpk nk cri sape yg sudi editkan blog I.hehehe.
    sebab klo kte yg edit memang berlame2.
    huu boleh ke?

    ReplyDelete
  3. waaaa... template baru nampak :D
    cantik

    ReplyDelete
  4. Acececececcee.... mana tahu memang ada jodoh nanti.. perrrgghhhhh

    ReplyDelete
  5. semua cantik. template cantik pink gitu.. boyfie hensem gitu. Heeeee. btw, follow sini. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. thankyou. part boyfie tu paling penting. haha^^ thanks follow ;)

      Delete
  6. bestnya dapat baca2 buku... akak kalo baca je buku mesti ngantuk gila. baca blog takpe pula... ^__^
    Nk follow blog ni boleh? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. of course lah boleh follow :)) it such an honour tau akak follow blog kita yang tak seberapa ni ^^

      Delete
  7. Eh? am I in Choi Jin Hyuk's blog? Hahahaha. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. You may feel so. You're in Choi Jin Hyuk's sweetheart's lalaland (blog). Heheh^^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...