HOME FOLLOW LOVE DESIGN FB TWITTER INSTA

Kan Ada.

Assalamualaikum! *nada wak doyok* Haha tetiber. Eh ha tu la korang taktahu, aku dah tiba tiba ter fall in love (dibaca: pol in leb) dengan wak doyok. Semalam straight tengok KKKK (Ke Korea Ke Kita), tak tidur malam. Tiba tiba (tiba-tiba lagi, banyak nau tiba-tiba aku hari ni. Penuh dengan ketiba-tibaan sungguh) haa tiba tiba aku bangun awal harini. Miracle omputeh kata. Pukul lapan, tapi lelepak dulu lah atas katil, perabih baca Bibir Ceri Melati // Fazleena Hishamuddin. Best woh best *lap peluh kat dahi* Motif~ 

Drama sangat hengko mak pepagi ni -.- Pagi la ni even pukul sebelas. 
a.m. lagi ni oi.

So, hari jom kita breakfast. Aku belanja. Aku belanja puisi satu. Buat dibaca sesambil kau breakfast. Breakfast apa entah dah pukul sebelas lebih. Okay lah, brunch brunch.

KAN ADA
Mawar Khayalan, 2014

"Don't worry. Aku kan ada."

Sejujur-benarnya.
Aku sudah mula
ragu-ragu
dengan frasa itu.

Macam mana nak percaya?
Kalau di pengakhirannya,
yang ungkap kata,
yang sama juga,
yang pergi bawa lari bahagia,
yang menyebar wabak luka.

Hujung-akhirnya.
Aku mula percaya
pada satu frasa
yang tak bisa
disangkal siapa-siapa.

"Don't worry. Allah kan ada."

Di setiap duka,
Dia yang nanti anugerahkan cahaya.
Dia yang bakal bawa kan bahagia.
Bahagia yang dulu aku fikir segalanya.
Di beri pula yang lebih sempurna.
Jauh dari yang disangka.

Yang lebih istimewa,
diberi hanya percuma.
Tanda kasih Dia
pada insan hina
yang bernama
- hamba.

One of my kind of poems. Kalau nak tengok lagi, moh ler jengah instagram. Search dekat hashtag #PuisiMawar :) Have a nice day ahead.


4 comments:

  1. blog awak cantik!!! *pengsan pastu bangun balik* i miss zaman sekolah dulu, ada gak rajin cuba2 tulis puisi macam ni, sekarang dah tak dan nak buat.

    *i'm following you back, suka baca puisi ;)*

    ReplyDelete
  2. untung ada orang belanja puisi ni
    hehe boleh lyn ptg2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...