HOME FOLLOW LOVE DESIGN FB TWITTER INSTA

What's Inside?

Haa entri ni related to entri lepas. Entry blog comel Nini. Boleh baca disini. Mana? SINI (tekan) Aku baca entry dia. Pasal pencil case (SINI). Even benda tu nampak simple, but then it looks interesting much for me. Entah, comel 

So here it goes. Nak jugak cerita pasal pencil case. Jarang guna. Sebab kalau pergi kelas bawa pen sebatang aje. Tu pun kadang-kadang. Selalu tertinggal. Heheh 

1. Pen color. Useful time nak dekat dekat exam. Untuk buat notes. Seminggu sebelum exam, start lah buat brief notes untuk every subject. Pengakuan: Ya. Saya pesen study last minute. Lepaihtu tercungap-cungap. 2. Ball point pen. Yang g'soft (kiri. Ada lid biru) tu thorbaik wa cakap lu. Humboih. 3. Minion ball pen. Yang ni aku kebas adik aku punya. Sebab comel. 

4. Artline 90 Marker. Wajib untuk aku yang suka menconteng. Tambah lagi time lecture. Ops. 5. Artline Calligraphy pen. Aku suka khat ^^ Dulu belajar dengan paklang. Tapi tak sempat grad. Haha. Sekarang pun dah ingat ingat lupa. 6. Pilot Silver pen. Dulu time sekolah, aku ada tabiat suka beli buku nota yang kertasnya hitam. So, kena lah ada pen silver ni nak tulis. 7. Colorful Highlighter. *Mostly Papermate dengan Stabilo* Paling penting. Adik beradik dengan pen color. Untuk buat notes. 8. Pilot Pink pen. Paling sayang. Jangan hilang okay? | Artline Pink Pen. Hadiah dari bestest friend time sekolah menengah. Still simpan even dah kering ink. 9. Mechanical Pencil. Pencil since form four. Sayang. Sebab? PINK 

10. Papermate Liquid Paper. Tapi aku tak berapa suka. Nanti comot. Selalu kalau salah tulis mula mula, guna kertas lain. Kalau dah nak habis, cross dengan pembaris. 11. Buncho Mechanical Pencil Lead. 12. Faber Castell Eraser. Favourite. Tak suka brand lain kalau pemadam. 13. LipIce Sheer Color. Eh sesat? Penting.  14. Silky Girl Eyeliner. *Sama kes nya dengan number 13 

Haaa todiaaa. Sebeban dalam pencil case. Eh baru perasan. Mana pembaris aku? Tu pasal malas nak bawak pi kelas. Time uni lah. Dulu time sekolah of course lah heret bawak pi mana mana. Pencil case tu baru beli this year but isi dalam tu since sekolah lagi  Plus, purse. *Nak jugak tunjuk baby dia ni*

Jatuh cinta pandang pertama dengan dia ni. Nampak je terus beli. Tak ingat berapa harga. But then lama gila duk kedai tu pikir nak kaler apa sebab semua kaler cantik. Black, Beige, Emerald Green. Last last of course lah ambik pink 

1. Business Card. Entah taktau sapa punya. Sesat. Hmm. Mr Project Manager punya. 2. ATM Card. Bank Islam untuk PTPTN. Maybank untuk business. Seksa nak buat account Maybank. Dua hari tunggu dekat tiga jam. Makan sumpah aku ler jawabnya. 3. Watsons card. Paradise beli make up and body care. 4. Tiket KTM. Tu pun nak simpan? Haha. Ni special. Tiket time pergi date dengan closest cousin dekat The Mines. *Sorry, saya ni sentimental orang nya. Sebab tu lah dah lama clash pun simpan lagi business card tu. Eh dah pecah rahsia5. Pictures. Mine and my parents. Penting. Time down yang ni lah yang ditatap. Plus gambar dekat belakang dua gambar tu. Ada terselit. Hmm -.-


Dah. Entry untuk NINI. Comel je dia leave trace dekat shoutbox pagi tadi before gerak pi upsi. Akak hengko ni time tu tengah terbongkang lagi time tu. Semalam edit blog sampai pukul empat pagi. Korang kalau buat entri cenggini jugak, bagi lah link ya nanti. Boleh ai baca  Find me in Instagram (AimiMiddleton

Entah, taktahu^^

Assalamualaikum guys. Lama aku tak update entri. Personal entri. Yelah. Selalu tak habih habih update entri order blog design kan -.- Entah. Taktahu nak cerita apa sebenarnya. This is my second last week of holiday. Entah aku taktahu kenapa lately macam takde mood, takde feel nak buat apa. Entah. (Mohon ditumbuk aku yang tak habih-habih duk ber-entah-an dari tadi. Lapar penampo gamaknya) -.- 
Pagi ni, tak sambung tidur lepas subuh (which I bet lepas up entri ni mesti aku tertidur punya). Nak tahu kenapa? Sebab aku scroll fb kejap tadi, before tu memang mata aku taknak lelap. Tau aku nampak apa dekat newsfeed? Senior high school aku pergi post bendalah yang aku paling ngeri sekali, bendalah tripophobia tu lah. Tak boleh betul la. Daripada boleh nak ulit mana aku tadi, terus segar bugar mata. Tak mengantuk langsung. Sampai sekarang terasa geli geleman tu. Ee -_- 
So, aku pun blogwalking lah kan kan kan. Sebab aku nak jamu mata aku dengan benda benda comel. Then taktahu lah kenapa aku tersangkut dekat satu blog ni which is sebenarnya lama dah aku tersangkut, tapi dulu baca entri dekat home je, tak tekan older newer bagai. But then tadi aku bersungguh lah scroll blog archive dia. Siap comment tetiap entri lagi. And aku rasa entri pencil case dia tu macam best comel cool cenggitu. Macam nak buat jugak. Boleh tak dik? Hee  Serius aku tergoda. Dengan blog dia. Dan dia. #Ehh 
Scroll punya scroll, rupanya dia junior aku dekat UPSI. (Kan? Oke baru nak masuk rupanya.) Junior course. Diploma in English. I'm not sure pernah terserempak ke tak. Tak perasan. Yelah. Aku kalau jalan sorang, tunduk macam nak cium tanah takpun tenung tab aku tu macam nak tembus. Kalau jalan berdua, ingat aku nak tengok kiri kanan ke kalau dah bersembang bergosip dengan Cik Nuramalina tersayang tu. Tambah lagi time sibuk mengusya kut kut ada calon. Calon menantu mak aku. Ya Allah, ko dah kenapa jujur sangat ni Aimi Syafiqah. Hehe. *Amboi sangat ko ye syafiqah oi.* 
Sebab apa kecoh sangat ni? Sebab blog dia comel gila nak mam. Comel lah comel. Haa tengok header pun dah tahu. Belum try scroll, tekan older post button, godek godek blog dia lagi. Comel k comel. Comel ^_^ *Amboi ber'zikir' comel pulak aku dipagi hari.* Comel berdoodle doodle blog dia haa. Ketahuilah bahawa aku paling jealous dengan tangan tangan yang pandai berdoodle. Sebabnya, aku tak reti lukis doodle. Sobsobsobs. *Nangis setangki*
By the way, moh ler blogwalking ke blog dia. Dekat SINI. And to nini, hope that I can meet you, soon 


P/s: Banyak nau words entah, taktahu and comel. Entah, aku pun taktahu apa motifnya 

Liebster Award #4


Assalamualaikum guys. Untuk keempat kalinya di tag untuk Liebster Award. Kali ni adik Najla kita tag. Thanks ye sayang sebab tag :) So, here's the answer dik ^^

1. Nickname yang selalu orang panggil? = Sepikoh. Sebab nama Syafiqah. Gelaran ni dianugerahkan oleh Cik Najwa Irina (best friend, classmate, homeroom mate, bed mate, and macam macam jenis mata lagi time aku dekat high school.) Dia lah punya kerja panggil aku Sepikoh, kengkadang jadi 'speaker' -.- And another nickname, Mimo/ Momo. Yang ni aku suka, nampak comey gittew macam Mirmo Zibang. #Eh. Yang tu Cik Yana punya kerja. Haa lastly, another nickname Aimo Sarafina. Serius, aku taktau mai tang mana nama ni. Pi intebiu Cik Nuramalina kita. Dia yang bagi nama ni -.-

2. Blogger kegemaran. = Semua. Selagi yang nama nya blogger ;)

3. Ada impian? Apakah impian tersebut? = Publish a book.

4. Tempat idaman yang nak sangat pergi. = Maldives. Jeju-do.

5. Buku yang paling disukai. = Any kind of poetry book, tak kira in English or Malay. And, Amal Hamsan's piece. Seyogia and Heroin. Coklat by Yoana Dianika pun my favourite.

6. Setiap orang mahukan rumah yang best. Boleh bagitahu detail-detail tentang rumah tersebut? Maybe ada cinema dalamnya. Ala, takpe sesi berangan kejap. = Amboi sangat. Cam best je ada cinema kan. Walaupun clise, I want a mini library in my future home. Nerd sangat bunyi nya. But, I just need a library full with poetry books.

7. Hadiah yang best lagi diinginkan selama ini. = A ticket to anywhere. A long journey of vacation. An escape. From? Aku pun taktau nak escape daripada apa. Escape from my own thoughts maybe. It's getting wilder. 'Cause there's no one to share with.

8. Suka tengok cerita seram tak? Kenapa suka/tak suka? = TIDAK SAMA SEKALI. Kalau tengok, tak boleh tidur. Penakut. Biase ler. Mau terkencing malam kalau tengok cerita hantu. Err. Heheh

9. Kereta idaman hati dan kalbu? = Serius cakap, tak pernah mengidam kereta pun. *Maybe sebab takde lesen, so takde desire nak drive*

10. Kalau stres, buat apa? Tengok Running Man sampai tergolek-golek? = Kau macam tau tau je dik. Tau takpe. Tengok Running Man sampai tergolek ler jawabnya. Takpun Family Outing (Season 1) , ulang lah sampai muntah. Tak pun, re-marathon any of KDrama.

11. Lagu kegemaran? = Ku Ukir Indah Namamu by 7Pelangi. It means so much to me. *And all Choi Jin Hyuk's song.*
That's it. I'm not going to create any question or tag anyone. Takde idea. Hmm :) Till then. Much love, Mawar.


Tempahan Edit Blog #10

Assalamualaikum guys. Haa siap pun blog Kak Wan ni. Dia ni kawan aku time dekat MRSM Merbok dulu, time form one. Kira dah tujuh lapan tahun jugak la kawan. Just tak berjumpa, bertentang mata je la lagi ever since lepas aku transfer MRSM Pengkalan Hulu time form two ritu. Have a look -> HERE. (Dia budak graphic, suruh aku design blog dia, malu la aku woi) Haha. 
Si kakwan ni belum apa apa lagi, dah buat entri sekalung penghargaan. Nak baca? SINI. Time tu blog private lagi lah kak wan oi :p Tunggu ler public dulu. By the way, thanks too and miss you. Bila nak jumpa?
So, apa tunggu lagi. Kalau nak mencantikkan blog tapi tak reti or tak ade masa, busy kerja ke study ke, mai cepat cepat pm aku di Facebook or dm aku di Twitter. Aku boring takde kerja cuti cuti ni. Asyik terbongkang aje dekat rumah ni ha -.- *Seperti biasa ayat kopipes dari entri lama*

By the way, aku ada sponsor satu giveaway ni, jom ler join. Meh click SINI. Baca entry sweet ni ^^
"The lovely smile of mine, when are you coming back?" 

Tempahan Edit Blog #9

Assalamualaikum guys. Nak cerita pasal blog yang baru settle semalam. Blog budak Khairul Anaam ni. (Sedap je aku budakkan dia, padahai tua dah. Eh :p) Serius cakap aku risau ter'pondan'kan blog dia je sebab selalu edit blog gegirl kan. Naseb baik takde terselit kaler pink dalam blog dia. Haha^^
So, jom lah blogwalking ke blog KhairulAnaam.
*Sekarang tengah in process edit blog kawan sekolah aku dulu. And maybe aku available sampai 7/6/2014. Lepas daripada tu aku tak janji, takut busy and tak sempat :( Kalau ambik order pun, maybe limited.
So, apa tunggu lagi. Kalau nak mencantikkan blog tapi tak reti or tak ade masa, busy kerja ke study ke, mai cepat cepat pm aku di Facebook or dm aku di Twitter. Aku boring takde kerja cuti cuti ni. Asyik terbongkang aje dekat rumah ni ha -.- *Seperti biasa ayat kopipes dari entri lama*
By the way, aku ada sponsor satu giveaway ni, jom ler join. Meh click SINI. Baca entry sweet ni ^^

Rindu Hoi!

Assalamualaikum guys. Haa blog berbaju baru. Puasa pun belum lagi, blog dah dapat baju raya. Ehhh. Don't worry. Edit lah berapa puloh kali pun, blog ni tetap akan berwarna pink. Heheh^^ 
By the way, amacam design ni? Okay dak?^^
Semalam takda nak edit blog orang, so godek godek je lah coding blog sendiri. Another two weeks left, lepas ni busy lah sikit. Practical. Aku practical dekat Kuantan, orang orang Kuantan, jumpa disana. Ecehh^^ Tak sabar nak practical. Tak sabar nak habis practical sebenarnya. Tak sabar nak masuk semester enam. Tak sabar nak balik upsi. Tak sabar nak menggila dengan those gizibes ^^ 
Rindu gila gila dah aku dekat UPSI, Library UPSI, rumah 33 jalan 3A, kedai makan kat Taman Bahtera tu, Saudagaq Sup Junior, class, exam hall. Rindu Tanjung Malim yang takde apa apa tu -.-
Masa ni hari last semester lima haritu. Pi lepak mamak pukul satu pagi (kot. Tak ingat pukul satu ke pukul dua). First time buat kerja gila gittew but then ingatkan sunyi sangat rupanya meriah lagi kat luar tu. Pakgad time tu pun dah biasa bebudak keluar pergi mamak time time cenggitu. Sedih gila hari last tu, yela lepas ni satu semester tak jumpa. Padahal semua stay Kelantan. But tempat practical lain-lain. Gonna miss you guys a lot, gizibes. Ni kalau dapat menggila kat whatsapp ni memang meletop aku rasa handphone, dengan menyanyi melalak semua ada. Mana pakai taip taip dah, semua stok pemalas pakai voice note je. Ngehngeh.
Kalau nak mencantikkan blog tapi tak reti or tak ade masa, busy kerja ke study ke, mai cepat cepat pm aku di Facebook or dm aku di Twitter. Aku boring takde kerja cuti cuti ni. *Tinggal dua minggu je lagi pun* Asyik terbongkang aje dekat rumah ni ha -.- 
By the way, aku ada sponsor satu giveaway ni, jom ler join. Meh click SINI. Baca entry sweet ni ^^
P/s: Semalam, pergi Maybank, dua jam setengah tunggu. Last last machine rosak. Hampeh. Free free makan sumpah aku petang tadi. Dia kata datang lah dua tiga hari lagi. Dia ingat aku ni takde kerja agak nya nak berkampung dekat situ dua tiga pat jam. Service slow.

Fening!

Assalamualaikum guys. Entry ni ditaip pukul 2:05 a.m. Plan nak publish esok, tapi aku tahu confirm confirm aku bangun lambat. Auto publish je, halal lah ye. 
2: 05 a.m.
So FENING sangat. FENING. Fail betoi BM ko ye nok. Pening. Sebenarnya tadi dah off laptop dah pun. But then bukak balik sebab nak search pasal Paypal and Western Union. Dah kenapa pulak nak search pasal Paypal kan? Cenggini, ada sorang blogger dari Singapore nak suruh aku design blog dia. Dia berkenan dengan my blog layout, sebab pink gittew. Dia kata dia suka sangat. 
So, aku pun godek godek lah google. Last last teringat ayah sedara pernah kata kalau nak senang, bukak account Maybank. And aku perasan, bila nak buat payment customer banyak guna account Maybank and CIMB. Ingatkan esok nak ajak mama pi Maybank. Senang sikit kerja kan. Tak sangka pulak sampai ada orang seberang nun nak minta tolong edit kan. Rezeki ^^
Alkisahnya.
Dah lepas mengisahkan account bank tu aku tertekan (tertekan lah sangat) website zalora. Hah ambik. Rosak mata aku. Tengok tu berkenan, tengok ni berkenan. 
   
Nak beli, tapi sayang duit. Acaner? Duduk senyap senyap situ sudah kalau sayang duit TT TT
Kalau nak mencantikkan blog tapi tak reti or tak ade masa, busy kerja ke study ke, mai cepat cepat pm aku di Facebook or dm aku di Twitter. Aku boring takde kerja cuti cuti ni. Asyik terbongkang aje dekat rumah ni ha -.- *Seperti biasa ayat kopipes dari entri lama*
By the way, aku ada sponsor satu giveaway ni, jom ler join. Meh click SINI. Baca entry sweet ni ^^
Till then ^^ 

Tempahan Edit Blog #8

Assalamualaikum guys. Baru lepas siapkan blog Kak Yon ^^ Daripada pagi tadi duk mengadap laptop aje. Berperang dengan coding, bercinta dengan Adobe Photoshop. Amboi amboi amboi. Haha^^

Amacam okay dak? Color purple. Personally, I love the header. Entah taktau kenapa. Heheh^^ But then akak tu nak yang simple je. Jadilah macam ni (bawah). Akak, thanks sebab guna service saya kak :) Sorry kalau ada yang kurang ^^ And sorry for the inconvenience :(


So, apa tunggu lagi. Kalau nak mencantikkan blog tapi tak reti or tak ade masa, busy kerja ke study ke, mai cepat cepat pm aku di Facebook or dm aku di Twitter. Aku boring takde kerja cuti cuti ni. Asyik terbongkang aje dekat rumah ni ha -.- *Seperti biasa ayat kopipes dari entri lama*
By the way, aku ada sponsor satu giveaway ni, jom ler join. Meh click SINI. Baca entry sweet ni ^^
Sing me a lullaby, baby.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...