HOME FOLLOW LOVE DESIGN FB TWITTER INSTA

Heroin dan Coklat ^^

Assalamualaikum guys. Entri ni sebentarnya dah lama duduk dalam draft. Buat separuh jalan. Buat separuh, lepastu melencong buat benda lain. Yelah, minggu ni titiber busy. Eceh titiber weh. So, sebenarnya aku nak cerita dekat korang pasal novel Coklat by Yoana Dianika (translate by Julie Ann) and Heroin by Amal Hamsan yang aku baca last week. Novel novel ni semua by Lejen Press.
So far, buku Lejen Press yang aku baru ada; Awek Chuck Taylor by Nami Cobe Nobler (first ever Lejen Press piece yang aku pernah beli. Semua gara gara fefeeling nak jadi Awek Chuck Taylor kan, mementang lah suka sangat berkepit dengan sneaker merah), Seyogia by Amal Hamsan, Heroin and Coklat. Aku banyak poetry book. Yang baru beli haritu Sofa Biru by Nadhira Brundage and Puisi Tepi Jalan by Fynn Jamal.
Gambar source by Google
So basically Coklat ni novel dari Indonesia. Kalau korang baca, cerita ni berlatarkan tempat-tempat kat Indon lah. Memandangkan aku tak pernah pergi Indon, so susah sikit aku nak feeling, nak bayangkan tempat tu macam mana. But then author ni banyak gunakan imaginasi which dia akan describe tempat tu then terserah korang nak picturekan tempat tu macam mana.
Cerita coklat ni mengisahkan tentang Orvala, pencinta coklat yang jumpa kekasih hati dia, Aruna yang juga gilakan coklat and own a chocolate cafĂ©. Dua tahun diorang bergewe (bercinta), tetiba ex Orvala time dekat Sekolah Menengah dulu, Juno datang. Rupa rupa nya Juno dengan Aruna ni sepupu. And then untuk korang tahu ending dia macam mana, sila grab novel Coklat satu dekat mana mana bukstor or online shop ya. SPOILER: Sad ending.
So moving on to novel Heroin by Amal Hamsan. Okeh. Kalau korang nak tahu, aku admire Amal Hamsan so much. She has that ability to write; to make people be able to picturized well what’s happened in her story. Heroin ni gabungan cerpen. Nama dia heroin maybe sebab watak utama dia semua perempuan.
Filem Fiksi | Gadis Sigaret | Simetri | Khilaf | Hanyut | Indikasi | Saatnya | Penulis  | Once | Julia.
So, aku kena cerita semua lah ni. Parok parok. Cerita yang paling paling aku suka; Julia. Even cerita ni pasal budak sekolah, I still able to grab the feel well, memandangkan aku pun pernah jadi budak sekolah. Cerita ni pasal Julia, Acap and Amir. Asyraf kawan Julia dari tadika, bila besar suka dekat dia but then Julia suka orang lain. Acap takut nak confess sebab takut hilang Julia bila Julia tahu perasaan dia.
"Macam mana kalau aku cakap pada dia, then dia hilang dari aku?” – Acap.
Last sekali, Julia tahu yang Amir tu saja nak kenakan dia. Julia minta maaf dekat Acap. Things going really well at the end of the story and aku punya lah happy bayangkan Acap will end up with Julia. But then here is the unbelievable amazingness of Amal Hamsan, dia twist cerita tu baik punya. Acap mati accident. Habis cerita. Aku pulak yang fefeeling lebih time tu, macam lah Pakwe aku yang mati.
Another one is cerita Indikasi. Yang tu best. Serius. So, apa tunggu lagi. Grab lah novel Coklat and Heroin sekarang. *Ceh ayat bajet iklan* SINI



14 comments:

  1. lama sgt dah x baca novel..hehehee...:'(
    harapnya cuti ni ada masa..T_T

    ReplyDelete
  2. interesting... ygheroin tu beli kat mana? penulis msia ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heroin tu saya beli dekat kedai buku :) Try cari dekat kinokuniya or takpun try tanya online bookshop dekat instagram. (@fulanosi) ^^

      Delete
  3. ekk macam best je novel niii. nak beli laa tp mood ngh malas novel yg bru beli aritu ponn x terbaca lagi -_-

    ReplyDelete
  4. macam best je. nnti kalau ingt nk beli ^^

    ReplyDelete
  5. wah.. best... tapi tak beli kot, bila mama nak membacanya tu? bz manjang, kalah menteri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kalah menteri ye ma^^ Busy bebenor.

      Delete
  6. FOLLW DARI GA http://keranaakumalu.blogspot.com/2014/05/smile-giveaway-by-shad.html

    ReplyDelete
  7. rindunya nak bace novel balik .. huhu T_T

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...