HOME FOLLOW LOVE DESIGN FB TWITTER INSTA

Sayang Adik Akak.

Assalamualaikum guys. Hee. Ada cerita ni. Asyik update pasal blog desain je ye dok. Karang muntah korang aku taktau. Haha. Ceritanya semalam keluar makan kat luar dengan family sebab ayah nak pergi kedai pancing beli barang pancing dia. Semalam, pergi Restoran Khafi dekat Wakaf Bharu. Boleh tahan sedap lah makanan dia but then nak tunggu makanan tu lambat lah sikit. Customer dia sikit punya ramai sampai terkeluar keluar dah (*means kat meja luar pun penuh.) Kitorang pun duduk kat ceruk je. 
Order kuetiau ladna (*aku fail betul bab bab eja nama makanan ni) and strawberry ice blended. Ice blended tu sedap. No doubt. Aku selalu kalau gi kedai order air tembikai je, takde air lain. Tapi semalam taktau apa mimpi order strawberry ice blended. Sampai lah ke part yang aku nak cerita. Alkisahnya, tepi meja aku ada dua orang budak kecik. Sorang kakak sorang adik (boboy) . Adik dia ngajak la akaknya, taktau la nak pi mana, tapi ayah nya tak bagi. Sudahnya menangih la si adik ni. 
Yang best nya akak dia pujuk, peluk peluk cium cium sampai adiknya berenti menangih. Sweet gittew^^ 
Aku dulu kekecik dengan adik jantan aku sweet cenggitu jugak (ke?) Tapi bila dah besar lagi sweet. Penampo, penerajang semua ada. Kejut pagi pagi guna kaki je kengkadang. So sweet. Haha^^ ** Eh ada yang sweet, dia masak kan maggi goreng kul satu dua pagi kalau aku lapaq. ^^
Bila dah besau panjang. Panjang sungguh. 180+ cm.

By the way, aku ada sponsor satu giveaway ni, jom ler join. Meh click SINI.
*Melts* 
Kalau nak mencantikkan blog tapi tak reti or tak ade masa, busy kerja ke study ke, mai cepat cepat pm aku di Facebook or dm aku di Twitter. Aku boring takde kerja cuti cuti ni. Asyik terbongkang aje dekat rumah ni ha -.-

10 comments:

  1. bujang dah adiknya he he he.... salam jumaat dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. lapan belaih tahun dah kak ^^

      Delete
    2. ingatkan mama jer yg tengok.....sampai mak budak tu perasan kita dok tengok anak dia......so sweet

      Delete
    3. Mama pun, comment pakai profile ika. Haha. Kan sweeeeet giler ^^

      Delete
  2. tinggi nye adik akak..
    180++..fuiyoooo

    ReplyDelete
  3. Seriusly 180 cm..wah tinggi betul .. tak pernah dengar lagi orang malaysia tinggi 180 cm.. anyway jemput singgah blog saya http://www.kacamataview.com/

    ReplyDelete
  4. amboi..tingginya adik Mawar.ni mesti kalau keluar sama-sama orang ingat boipren.akak ngan adik lelaki akak selalu macam tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Tu lah. Memang selalu camtu pun kak :) Haha

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...