HOME FOLLOW LOVE DESIGN FB TWITTER INSTA

Tempahan Edit Blog #11


Assalamualaikum guys. Ahh tak kira. Nak update jugak jugak jugak even busy pun. Even taktahu nak update apa pun sebenarnya. Sebenornya takde lah busy mana. Busy sikit je kerja, benda lain nya yang busy banyak. Edit blog and buat roti / sample kuih raya with my aunt. *Seriously, nak pi jenjalan* Muehehehe.

So, haritu edit blog this girl, Syahirah Ali. Jom ler ke blog dia. Ini blog baru rasanya. Kalau rajin tekanlah button follow ye ^^ Dia nak kaler baby blue. Shoutbox dia tu sebenarnya hide. Features baru. STATUS BOX. Macam I punya tuuuu. Heee
Hide Shoubox

When Clicked

Nak sambung edit another blog pulak. Till we meet again here. Much love, Aimi.

Pengakhiran


Assalamualaikum guys. Kau faham tak perasaan dia bila kau tahu pengakhiran sesuatu tu. Kau tahu yang benda akan berakhir. Kau sure yang benda tu akan berakhir. Memang sah sah benda tu akan berakhir.
Contoh: Cuti semester kau yang tiga bulan tu dah nak habis. Ada lah dua tiga jam lagi before kau nak balik uni or nak pergi tempat practical. But basically kalau kau balik uni takde lah sedih sangat sebab boleh jumpa memember kan. Ni kalau kes pergi tempat practical ni, sadis gila.
Takpun, kejap lagi kau nak gerak dah. Nak berpisah dengan family. Lepastu titiber kau yang selalunya ajet-ajet hati keras perkasa ni, titiber je nangis kan. Merah habis mata. Selalu relax je.
Apebenda yang aku nak sampaikan sebenarnya ni? Sebenarnya nak bagitahu yang aku tengah sakit rumah (homesick). I miss my mom but I won't tell her so I write and I hope that she'll read this and know that I miss her so much. (I know you read this. Sorry I don't express much. Maluu) NAK BALIK!

P/s: Pengakhiran yang kau taktahu tu tak sesakit pengakhiran yang kau dah tahu. Contoh macam kalau titiber clash tanpa sebab memang tak sedih pun. Yelah titiber kan. Kau pun taktahu kenapa and taktahu apa apa. Kau melolong menangis pun dua tiga hari je lepastu okay lah. (Ye ke Syafiqah? Tak sakit pun? Dua tiga hari je? Okay. Iya kan aja.)

Internship aku so far okay je seminggu ni. Banyak buat clerical work. Dekat Kotasas, Kuantan. Bagi aku, routine aku macam ada something changed lah.

1. Tetiap malam kena pikir esok nak pakai baju apa. Kalau kat uni dulu takyah pikir, rembat je jeans dengan tee shirt. Takyah nak iron bagai.
2. Semua kerusi aku dah terbiasa roda kan dia. Kau paham tak? Sampaikan kerusi meja makan tu pun kengkadang aku 'tertarik'. Macam ada roda.
3. Aku pening macam mana nak cakap dengan orang yang lebih tua. Seniority. Sebab kat tempat kerja macam takde sangat usage of kak kak bagai ni unless kalau dia memang older, obvious gap of age atau pun dia top management, guna la Encik Cik Puan Dato Tengku semua tu.
4. Yang ni yang paling penting, tetiap malam tidur awal. Tak pukul 12 dah tidur dah. Ada sekali tu baru pukul 10 aku dah pengsan dah. *Yang ni aku suka sangat* Sebab aku dulu payah nak tidur.

I NEED TO GAIN MY CONFIDENT. BLOGGER GUY | 21 FACTS ABOUT | LIEBSTER AWARD | BLOG EDITING SERVICE | ACUN | WHAT'S INSIDE | PUISI MAWAR 

Liebster Award #4 #5


Assalamualaikum guys. Penat jugak practical ni. Aku dah mengantuk dah ni. Jam baru pukul 10. Adoi lahai. Sakit jiwa sungguh cenggini. Nanti lain kali update pasal practical ya. Malam ni sempat jawab Liebster Award je. Tu pun tak create soalan and tag others. And thanks ye sebab tag :)

Liebster Award #4 | Izzati

1. What is your first impression to my blog? Be truth and no harm okay.
Simple. I love it. My idea of grey colour is always right. It looks elegant.

2. What's on your mind right now?
Been thinking about tomorrow. A lot of things that need to be settled. And pikir macam mana nak curik masa untuk edit blog yang belum siap lagi. Pening ho -.-

3. Family or Friend? Why?
Family. Because I love them. Btw, my friends are like family too.

4. Describe your lovely blog in 3 words // dibenarkan naik lif tekan sendiri.
Pinky, pinky and pinky. (Tak sanggup nak naik lif tekan sendiri. Awak ler tolong tekankan yer^^)

5. What is the brand of your skin care products?
Garnier Sakura.

6. What is your favorite music genre? 
Country (Taylor Swift songs) and Kpop.

7. Describe your life in not more than 150 words // kalau lepas jawab soalan ni, insyaAllah exam akan datang dapat cemerlang.
Hidup aku? Hitam putih yang konon diwarna terang dengan pelangi. Nampak macam happy tapi dalam? TAKDA APA APA.

8. State your blog's url and describe why you choose that kind of url.
aimisyafiqahsuhaimi.blogspot.com / Because it's my own name.

9. State your 5 favorite blogs.

Baby | Handsome | Bucuk | Manja | Sayang 

10. State 5 blogs that can light up your day.
A pinky blog. A blog full with kpop thingy (*Mohon bertaubat). Blog pakwe pakwe handsome (Aumm). Blog saya. Blog awak. #Eh

11. Who is your main idol?
Of course my parents.

Liebster Award #5 | Sakura

1. Dari mana asal usul mu. Haha
Nak kena bukak balik kitab salasilah hidup aku ni. Banyak nau pindah. Lupa dah. Selangor.

2. Suka makan pedas ke tidak ?
Suka tapi tak boleh makan. Kalau tak nanti aku berkampung ler dalam bilik ayor.

3. Senaraikan 3 perkataan "KEDAH" yang korang suka dengar. ^^
Baqhang. Baqhang. Baqhang. Haha. Acceptable?

4. Suka movie eng/korea/melayu?
English and Korean movies.

5. Smartphone yang menjadi idaman korang.
Samsung Galaxy Note 3 (yang color pink) and Iphone 5s 

6. Tempat honeymoon dengan yang tersayang. Hehe
Maldives and Jeju-do.

7. Target nak berumah tangga bila ?
Bila sampai seru. Entah lah. Aku tak nampak lagi bayang bayang future kahwin kahwin ni. Bakal pun tak ketemuan lagi. Payah nak cari muka macam Choi Jin Hyuk ni :( Haha. Soulmate, bila nak mai? 

8. Paling lewat tido pukul berapa ?
Lepas subuh. Selalu nya time time edit blog.

9. Minat bersukan atau tak ? Kenapa ?
Kadang kadang. Ikut mood. Sebab, malaih.

10. Apa perasaan kalau kena marah face to face ?
Perasaan menyirap bandung. Haha. Perasaan nak menampar pun ada gak mai.

11. Kata kata semangat untuk sye sempena sem baru ni. Hehe.
Belajor rajin-rajin. Kahwin nanti jemput aku. Nak meja VVVVVVVVVVVVVIP okeh!

Till we meet again. Goodnight^^ Zzzzzzzzzzz

Tomorrow

Assalamualaikum guys. Bertabah aku bukak hotspot nak update blog kan. Muahahaha. Sayang maxis. School break package internet gempak gila. 10 ringgit untuk 5 hari, quota 2gb. Haaa. Sempat lah semalam aku layan The Return of Superman and download Roommate Episode 5 dekat baby kesayangan gua ni ^^ 'Baby baru'. Aum :* 

Esok dah. It's the day. Hari untuk lapor diri dekat company untuk internship. Hope that everything will be well. Berdebor wa cakap lu. Haritu tak menyempat sangat nak practical. Ye lah sebab nak habis cepat kan. Aku dah tak sabar nak balik UPSI tercinta dah. Huhu -.- So, it will be a long three months I guess. Practical dekat Kuantan. Wish me luck ye mengkomer ^^

Oh ya, aku kena tag tiga Liebster Award. Tiga rasanya. Nanti aku jawab ye sayang sayang sekalian. Sekarang tak menyempat. To those yang tanya pasal Blog Editing Service, maybe lusa aku start balik. Sorry kalau tak sempat nak entertain korang, tambah tambah dekat Facebook sebab aku tak bukak fb. Kalau kat Whatsapp tu tahan ler jugak ye dok.


BLOGGER GUY | 21 FACTS ABOUT | LIEBSTER AWARD | BLOG EDITING SERVICE | ACUN | WHAT'S INSIDE | PUISI MAWAR Till we meet again. Much love, Aimi Syafiqah  

Perkhabaran Penting.


Disini aku nak bagi perkhabaran sikit. Aku takleh nak edit blog dah angkara modem dipanah petir. Ya allah sedih tau dak. Adik ai tu ler. Tengok live streaming sukma time kekilat petang dua hari lepas. Dia tu gila takraw. Memang ko jangan ler harap dia nak let go cemtu je chance nak tengok kan.

Tak lupa juga kekecewaan aku sebab takleh nak blog walking dekat blog adik adik kesayangan mahupun abang we abang we kesayangan (pakwe) hahaha gila. Mahap. *behave yourself behave yourself* And sesapa yang tinggalkan trace dekat shoutbox nak suruh follow back ke singgah visit balik ke, gua mintak mahap sesangat tak boleh nak lakukan sedemikian. Mahap ye sayang sayang sekalian ❤

So nak bagitahu korang aku sihat sihat aje. Eceh macam lah orang nak tahu. And service aku maybe akan disambung lepas aku start practical. Akak yang dah bank in tu, tunggu ya kak.


Muka aku di sensored sebab terlampau amat sangatlah sakai dan melanggar etika dan moral kemanusiaan. #ehh. Almaklumlah tak potogenik kan. Tapi nak gak upload gambau ni nak tunjuk adik gua yang titiber nampak handsome mengalahkan hero hindustang ni. Nak cakap hero korea tak boleh, gelap! Hahahahahahaha. Mahap! So aku sebagai seorang kakak yang penyayang memahami lagi berperikemanusiaan (puji diri sekali sekala takpe jahh) pun upload lah gambar ni dekat blog kesayangan ni. Ehee. ❤

Update guna tab. Takleh panjang panjang. Buat sakit hati je, jahh . Korang datang lah blogwalk sokmo even aku tak update pun. Jenguk jenguk lah blog aku takut dia boring keseorangan. Tuan dia tak dapek nak jaga sangat. Till then. Much love, Aimi Syafiqah.

Blogger Guy

Assalamualaikum guys. Today was such a hectic day for me. Aku taktau tang mana yang busy nya, tapi aku penat gila nak mampus even duduk goyang kaki je dekat rumah ni. Goyang kaki sambil duduk atas kerusi bos mengadap laptop depan coding. Tak pelik lah kalau aku penat kan. 

So, untuk menghilangkan kejap penat, cramp cramp bahu ni, aku pun fly ler ke blog Anasyg. Fly hengko. Ingatkan sekejap je nak lepak situ, sekali terdistract sebab aku melekat baca blovel dia. Blovel? Blog + Novel. Kot. 

Aku baca Unscripted. Jaz dengan Lis. Aku suka cerita cinta yang cakap tak guna I you sayang bie bagai, aku suka yang cakap guna aku kau. I mean, weh benda biasa bagi aku panggil sayang bie etc ni. Cool sikit aku kau ni, lepak je bunyi. Instead of saying saya cinta kamu (wtf), dia guna ayat lain yang takde guna that cintan cintun words but then kau tahu yang orang tu nak cakap that he/ she loves someone. So much.

Aku dah pencen dah baca novel jenjiwang aku cinta padamu wo ai ni ailebiyu bagai ni. Malas dah nak mengkaratkan diri. But them kalau poems, aku layan. I love poems. Lagi tinggi degree of rusting (lagi karat), lagi aku suka. Haha. Rusting. Ko ingat chemistry ke syafiqah oi. Mohon accept hypothesis aku ni -.- So, kalau korang lepak dekat blog budak Anas ni, korang boleh baca blovel dia; Home | Unscripted | Violet Kuning

Blog dia pun simple je which aku suka. Putih. Simple. Biasa lah blog lelaki , takkan ler nak jejambu macam blog pink aku ni kan -.- Haritu aku ada cerita pasal blog Nini. Dekat entri ini. Seems like aku suka buat entry pasal blog orang lain. Macam mana aku pilih? Ada buat contest ga segmen bagai ke? Oh tidak, ini bukan sebab GA. Ini juga bukan kes bodek membodek, makan suap mahupun makan suap guna kaki. Ni kes aku ikhlas terpikat melting ting ting ting dengan blog dan tuan punya blog. #Eh So, apa tunggu lagi. Moh ler kita ke blog Anas. ANASYG. Btw anas, salam perkenalan ya. *Ceh padahal bukan baru follow blog dia pun, lama dah rasa*

Rajin pulak aku update entri bebanyak. Till then. Much love

21 Fakta Mawar Khayalan


Assalamualaikum guys. Before tu, aku ada hadiah untuk hengkorang. SINI.  Btw, header baru. ceh padahal sama je. Aku just hoverkan je header tu so kalau korang halakan cursor dekat header aku, then berubah lah sikit headernya. Baru lepas godek blog Anasyg. Haha rajin pulak aku kan. Lepastu terpaku tengok entri 20 FAKTA ANASYG . Aku pun macam, macam nak buat je. Dah lama blogging pun nak berkenalan berkenalan lagi. Macam lah ada orang nak tahu sangat kan. Heheh. So, here it goes:

1. Kenapa Mawar Khayalan? Sebab Mawar tu refer to seorang perempuan. Symbolism lah konon. Bila lagi nak praktikkan benda yang aku belajar dalam kelas Literature kan. Khayalan ni macam susah nak capai but then tak mustahil untuk dicapai. Plus, khayalan tu sebab aku suka berkhayal, berangan.

2. Aku tak minum susu. Ever since lepas aku minum susu ibu time baby dulu, aku tak minum langsung susu. Since umur dua tahun lah kut. Member aku kata lactose intolerance *hambik kau term dia* Maknanya badan aku tak boleh terima susu lah. Sebab aku muntah kalau minum. And ada orang pernah kata benda tu sebab mind set aku je. Maknanya kalau aku set mind aku benda yang aku minum tu bukan susu (but then betul benda tu susu) aku boleh je nak telan cecair tu. Cecair. Haha. Yang mind set tu aku tak pernah lagi buat eksperimen. 

3. Aku paling suka makan fruits and veggies. Paling suka green apple and watermelon. Lately, strangely tetiba aku suka makan banana. Veggies tu ikut keadaan. Kalau sedap, licin lah aku sapu. Sebab veggies ni kesedapan dia depends on cara dimasak aku rasa. Kalau sedap, aku akan ratah sampai habis sayur baru start makan nasi.

4. Aku ada terlampau banyak fobia and ketakutan. Aku takut kolah air sebab takut kot kot ada buaya. Hek eleh sangat fobia kau, Syafiqah. Rujuk sini.


5. Aku ada some kind of imaginary relationship dengan Choi Jin Hyuk. Muahaha. Kalau nampak dia, teruih happy semacam, bahagia je walaupun forever alone. Peliks.

6. Jenis darah aku A. And aku takut darah. Kalau nampak pening. Pening dia tu macam nak pengsan. Seumur hidup aku dua kali je aku siang ikan, sebab darah tu memeningkan sangat -.- Injection pun aku takut. Doktor pun aku takut. Tapi kalau handsome takpe, dimaafkan. #Eh. But then sebab curious sangat nak tau jenis darah aku, aku relakan lah jugak kena cucuk (alah sepotet je) dengan cikgu bio aku time form five. Alah masa eksperimen bio tu lah ^^

7. Benda-benda yang selalu ada dalam handbag. Purse, tab, make up pouch, tissue, a poetry book and kertas dan pen. Poetry book untuk dibaca time boring. Kertas dan pen untuk time tetiba idea tu mai mengejut tak bagi salam dulu. And dalam handbag aku akan sentiasa ada pewangi almari ambi pur lavender. Wangi. (Purse / Case)

8. Aku jarang marah. Jarang sangat but then bila aku marah, it's kinda scary. Kalau aku melenting tinggi suara tu, tak kira marah sangat, kalau aku senyap malas nak layan tu maknanya aku dah sampai limit aku lettew.

9. I am super sensitive. And suka fikir negatif. Kadang kadang tu tak de apa apa pun tapi aku je yang negatif sangat. Penyakit gamaknya. Bior ler dia. Aku tak suka di avoid and tak suka dimarah. I always have too high expectation on someone and end up being hurt by that someone  Takpe, kuat 

10. Suka menangis tapi sorok-sorok. Lol sangat. Hati tisu gila. Time happy nangis jugak, time sedih lagi lah. But then, time aku sensorang jelah. Time ada orang, takda maknanya aku nak nangih.

11. My maths sucks. Sangat. Aku tak ngam dengan number. But I really love linguistics. Kalau kat sekolah dulu, suka subject English and Bahasa Melayu. Oh, and sejarah. Haha. Try tengok buku Karangan aku, boleh buat buku rujukan and jual dekat bookstore. Bukan nak kata bagus, but then ada macam macam dalam tu. Aku suka focus on subject yang aku minat. Sebab tu sampai kesudah addmaths and physics aku tak score. SPM addmaths c+, physics B+.  Adik-adik jangan dicontohi kakak hengko ni ye. Alhamdulillah another seven subjects, I got A. A campur2. A ada, A- ada, A+ ada.

12. Aku perati time dekat uni. Kalau time final exam tetiba aku ada problem, mesti sem tu pointer aku menjulang dengan jayanya. Ceh -.- Sebab aku kalau ada problem, aku akan buat something untuk avoid and lupakan. Kalau time exam, nak buat apa lagi? Study ler bro. Sebab tu exam sem lepaih 3.85. Sem dua paling rendah, 3.22. Sem satu 3.71, sem tiga 3.75. *Bilalah nak merasa foflet pulak* 

13. Aku suka poetry, photoraphy, philosophy and arts. Aku suka baca quote-quote yang best and poems. Berimpian untuk publish buku.

14. BMI aku tak pernah nak normal. Selalu underweight je. Tapi takpe, aku suka. 

15. Aku tak suka sports. Tapi aku layan lah jugak main badminton dengan rope skipping. Netball pun okay jugak. Time sekolah aku suka lompat tinggi, tapi tak pernah lah sampai wakil wakil bagai.

16. Aku mengaku aku jarang gila contact member member. Sebab aku tak suka sangat pegang phone and texting unless dengan bestfriend dekat uni yang berlima tu. Entah, I'm just... lazy much to text.

17. Aku paling tak suka orang yang suka mendesak. I mean bila aku dah kata tak nak, tak suka, accept lah kan. Aku serabut. I've been too much hurt, so aku jadi malas nak fikir pasal semua benda. Too much thinking cause headache. Okay takpaham? Abaikan :)

18. Aku tak suka pet (bela binatang). Sebab aku takut dengan binatang. Aku suka baby. Sebab depa wangi. So, memang habislah kalau dapat dekat aku. Kejap kejap cium, kejap kejap cium. Haha. Tapi aku takut nak pegang baby. Kalau yang dah pandai duduk tu takpelah. Yang tu berani sikit.

19. Aku belajar edit blog dengan khidmat bantuan pernafasan google. Takde kelas. Bukan nak kata hebat, but please don't expect too much from me kalau ambik service aku. Tu jela. Adobe Photoshop tu pun aku godek godek sendiri. Bukak tuto dekat youtube bagai. I mean, it needs much hardwork. Yelah, kau nak berjaya kena usaha bro. Service.

20. Love life? Single. Kosong satu empat _ _ _ _ _ _ _ Ku tunggu text mu, wahai bakal soulmate ku  *Lol

21. Aku tak suka pakai shawl. Kalau pakai pun setahun sekali. Aku prefer tudung bawal. Aku suka pakai tee-shirt , jeans and sneakers. Aku gila heels. But sometimes, suka jugak pakai dress skirt bagai *Time nak gi usya-usya abang degree baru ke kan* Eh.

Thanks sebab baca entry panjang panjang aku ni. Heee^^ Much love, Mawar Khayalan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...