HOME FOLLOW LOVE DESIGN FB TWITTER INSTA

21 Fakta Mawar Khayalan


Assalamualaikum guys. Before tu, aku ada hadiah untuk hengkorang. SINI.  Btw, header baru. ceh padahal sama je. Aku just hoverkan je header tu so kalau korang halakan cursor dekat header aku, then berubah lah sikit headernya. Baru lepas godek blog Anasyg. Haha rajin pulak aku kan. Lepastu terpaku tengok entri 20 FAKTA ANASYG . Aku pun macam, macam nak buat je. Dah lama blogging pun nak berkenalan berkenalan lagi. Macam lah ada orang nak tahu sangat kan. Heheh. So, here it goes:

1. Kenapa Mawar Khayalan? Sebab Mawar tu refer to seorang perempuan. Symbolism lah konon. Bila lagi nak praktikkan benda yang aku belajar dalam kelas Literature kan. Khayalan ni macam susah nak capai but then tak mustahil untuk dicapai. Plus, khayalan tu sebab aku suka berkhayal, berangan.

2. Aku tak minum susu. Ever since lepas aku minum susu ibu time baby dulu, aku tak minum langsung susu. Since umur dua tahun lah kut. Member aku kata lactose intolerance *hambik kau term dia* Maknanya badan aku tak boleh terima susu lah. Sebab aku muntah kalau minum. And ada orang pernah kata benda tu sebab mind set aku je. Maknanya kalau aku set mind aku benda yang aku minum tu bukan susu (but then betul benda tu susu) aku boleh je nak telan cecair tu. Cecair. Haha. Yang mind set tu aku tak pernah lagi buat eksperimen. 

3. Aku paling suka makan fruits and veggies. Paling suka green apple and watermelon. Lately, strangely tetiba aku suka makan banana. Veggies tu ikut keadaan. Kalau sedap, licin lah aku sapu. Sebab veggies ni kesedapan dia depends on cara dimasak aku rasa. Kalau sedap, aku akan ratah sampai habis sayur baru start makan nasi.

4. Aku ada terlampau banyak fobia and ketakutan. Aku takut kolah air sebab takut kot kot ada buaya. Hek eleh sangat fobia kau, Syafiqah. Rujuk sini.


5. Aku ada some kind of imaginary relationship dengan Choi Jin Hyuk. Muahaha. Kalau nampak dia, teruih happy semacam, bahagia je walaupun forever alone. Peliks.

6. Jenis darah aku A. And aku takut darah. Kalau nampak pening. Pening dia tu macam nak pengsan. Seumur hidup aku dua kali je aku siang ikan, sebab darah tu memeningkan sangat -.- Injection pun aku takut. Doktor pun aku takut. Tapi kalau handsome takpe, dimaafkan. #Eh. But then sebab curious sangat nak tau jenis darah aku, aku relakan lah jugak kena cucuk (alah sepotet je) dengan cikgu bio aku time form five. Alah masa eksperimen bio tu lah ^^

7. Benda-benda yang selalu ada dalam handbag. Purse, tab, make up pouch, tissue, a poetry book and kertas dan pen. Poetry book untuk dibaca time boring. Kertas dan pen untuk time tetiba idea tu mai mengejut tak bagi salam dulu. And dalam handbag aku akan sentiasa ada pewangi almari ambi pur lavender. Wangi. (Purse / Case)

8. Aku jarang marah. Jarang sangat but then bila aku marah, it's kinda scary. Kalau aku melenting tinggi suara tu, tak kira marah sangat, kalau aku senyap malas nak layan tu maknanya aku dah sampai limit aku lettew.

9. I am super sensitive. And suka fikir negatif. Kadang kadang tu tak de apa apa pun tapi aku je yang negatif sangat. Penyakit gamaknya. Bior ler dia. Aku tak suka di avoid and tak suka dimarah. I always have too high expectation on someone and end up being hurt by that someone  Takpe, kuat 

10. Suka menangis tapi sorok-sorok. Lol sangat. Hati tisu gila. Time happy nangis jugak, time sedih lagi lah. But then, time aku sensorang jelah. Time ada orang, takda maknanya aku nak nangih.

11. My maths sucks. Sangat. Aku tak ngam dengan number. But I really love linguistics. Kalau kat sekolah dulu, suka subject English and Bahasa Melayu. Oh, and sejarah. Haha. Try tengok buku Karangan aku, boleh buat buku rujukan and jual dekat bookstore. Bukan nak kata bagus, but then ada macam macam dalam tu. Aku suka focus on subject yang aku minat. Sebab tu sampai kesudah addmaths and physics aku tak score. SPM addmaths c+, physics B+.  Adik-adik jangan dicontohi kakak hengko ni ye. Alhamdulillah another seven subjects, I got A. A campur2. A ada, A- ada, A+ ada.

12. Aku perati time dekat uni. Kalau time final exam tetiba aku ada problem, mesti sem tu pointer aku menjulang dengan jayanya. Ceh -.- Sebab aku kalau ada problem, aku akan buat something untuk avoid and lupakan. Kalau time exam, nak buat apa lagi? Study ler bro. Sebab tu exam sem lepaih 3.85. Sem dua paling rendah, 3.22. Sem satu 3.71, sem tiga 3.75. *Bilalah nak merasa foflet pulak* 

13. Aku suka poetry, photoraphy, philosophy and arts. Aku suka baca quote-quote yang best and poems. Berimpian untuk publish buku.

14. BMI aku tak pernah nak normal. Selalu underweight je. Tapi takpe, aku suka. 

15. Aku tak suka sports. Tapi aku layan lah jugak main badminton dengan rope skipping. Netball pun okay jugak. Time sekolah aku suka lompat tinggi, tapi tak pernah lah sampai wakil wakil bagai.

16. Aku mengaku aku jarang gila contact member member. Sebab aku tak suka sangat pegang phone and texting unless dengan bestfriend dekat uni yang berlima tu. Entah, I'm just... lazy much to text.

17. Aku paling tak suka orang yang suka mendesak. I mean bila aku dah kata tak nak, tak suka, accept lah kan. Aku serabut. I've been too much hurt, so aku jadi malas nak fikir pasal semua benda. Too much thinking cause headache. Okay takpaham? Abaikan :)

18. Aku tak suka pet (bela binatang). Sebab aku takut dengan binatang. Aku suka baby. Sebab depa wangi. So, memang habislah kalau dapat dekat aku. Kejap kejap cium, kejap kejap cium. Haha. Tapi aku takut nak pegang baby. Kalau yang dah pandai duduk tu takpelah. Yang tu berani sikit.

19. Aku belajar edit blog dengan khidmat bantuan pernafasan google. Takde kelas. Bukan nak kata hebat, but please don't expect too much from me kalau ambik service aku. Tu jela. Adobe Photoshop tu pun aku godek godek sendiri. Bukak tuto dekat youtube bagai. I mean, it needs much hardwork. Yelah, kau nak berjaya kena usaha bro. Service.

20. Love life? Single. Kosong satu empat _ _ _ _ _ _ _ Ku tunggu text mu, wahai bakal soulmate ku  *Lol

21. Aku tak suka pakai shawl. Kalau pakai pun setahun sekali. Aku prefer tudung bawal. Aku suka pakai tee-shirt , jeans and sneakers. Aku gila heels. But sometimes, suka jugak pakai dress skirt bagai *Time nak gi usya-usya abang degree baru ke kan* Eh.

Thanks sebab baca entry panjang panjang aku ni. Heee^^ Much love, Mawar Khayalan. 

5 comments:

  1. Ada Starbucks coffee plak ye header tu.. hehe

    ReplyDelete
  2. Nomber 15 aku suka ! :D
    haha sebab mngingatkan aku men badminton dgn hang.
    wuuuu~ kenangannnn ^^

    ReplyDelete
  3. tak menahan pakai dress dgn heels nak usah abg2 degree. thanks aimi sudi baca entry anas :) semua info ni boleh buat sesi suai-kenal dgn blogger lain. tak gitu.

    ReplyDelete
  4. Same goes to me part number #11.Btw,header makin meletop.Lawaoo ;)

    ReplyDelete
  5. haha..sama la kita no.14 and 21. akak pun suka tudung bawal..kalau ada function special giler baru pakai shawl.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...