HOME FOLLOW LOVE DESIGN FB TWITTER INSTA

Pengakhiran


Assalamualaikum guys. Kau faham tak perasaan dia bila kau tahu pengakhiran sesuatu tu. Kau tahu yang benda akan berakhir. Kau sure yang benda tu akan berakhir. Memang sah sah benda tu akan berakhir.
Contoh: Cuti semester kau yang tiga bulan tu dah nak habis. Ada lah dua tiga jam lagi before kau nak balik uni or nak pergi tempat practical. But basically kalau kau balik uni takde lah sedih sangat sebab boleh jumpa memember kan. Ni kalau kes pergi tempat practical ni, sadis gila.
Takpun, kejap lagi kau nak gerak dah. Nak berpisah dengan family. Lepastu titiber kau yang selalunya ajet-ajet hati keras perkasa ni, titiber je nangis kan. Merah habis mata. Selalu relax je.
Apebenda yang aku nak sampaikan sebenarnya ni? Sebenarnya nak bagitahu yang aku tengah sakit rumah (homesick). I miss my mom but I won't tell her so I write and I hope that she'll read this and know that I miss her so much. (I know you read this. Sorry I don't express much. Maluu) NAK BALIK!

P/s: Pengakhiran yang kau taktahu tu tak sesakit pengakhiran yang kau dah tahu. Contoh macam kalau titiber clash tanpa sebab memang tak sedih pun. Yelah titiber kan. Kau pun taktahu kenapa and taktahu apa apa. Kau melolong menangis pun dua tiga hari je lepastu okay lah. (Ye ke Syafiqah? Tak sakit pun? Dua tiga hari je? Okay. Iya kan aja.)

Internship aku so far okay je seminggu ni. Banyak buat clerical work. Dekat Kotasas, Kuantan. Bagi aku, routine aku macam ada something changed lah.

1. Tetiap malam kena pikir esok nak pakai baju apa. Kalau kat uni dulu takyah pikir, rembat je jeans dengan tee shirt. Takyah nak iron bagai.
2. Semua kerusi aku dah terbiasa roda kan dia. Kau paham tak? Sampaikan kerusi meja makan tu pun kengkadang aku 'tertarik'. Macam ada roda.
3. Aku pening macam mana nak cakap dengan orang yang lebih tua. Seniority. Sebab kat tempat kerja macam takde sangat usage of kak kak bagai ni unless kalau dia memang older, obvious gap of age atau pun dia top management, guna la Encik Cik Puan Dato Tengku semua tu.
4. Yang ni yang paling penting, tetiap malam tidur awal. Tak pukul 12 dah tidur dah. Ada sekali tu baru pukul 10 aku dah pengsan dah. *Yang ni aku suka sangat* Sebab aku dulu payah nak tidur.

I NEED TO GAIN MY CONFIDENT. BLOGGER GUY | 21 FACTS ABOUT | LIEBSTER AWARD | BLOG EDITING SERVICE | ACUN | WHAT'S INSIDE | PUISI MAWAR 

8 comments:

  1. Sumpah ini best , short yet padat with info haha, in shaa allah izzati mesti macam akak nanti , sebab sekarang izzati susah tidur awal , besar nanti sikit ahhaha

    ReplyDelete
  2. banyak sangat contoh! hahaha
    bila nak balik uni tuu memang sedih. bjauhan ngn family, last2 homesick! haihh
    hah lagi stu, perhubungan. kite tahu ia akan brakhir. yeh aku ok..last2 sedih jugak.. *macam da laen dr contoh2nya je tuu =p

    ReplyDelete
  3. kuatkan semangat..adatlah tuh kat tmpt org :D

    ReplyDelete
  4. homesick memang tak best!!all the best with your practical!yang penting dalam practical ni jangan malu bertanya dan kena rajin senyum. :)

    ReplyDelete
  5. Selamat berpraktikal yer Aimi... Semoga dipermudahkan segala urusan :)

    ReplyDelete
  6. praktikal elok2 Emi. :) anas dulu pun malam2 duk pikir nak pakai baju apa, naa...tshirt je. haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...