HOME FOLLOW LOVE DESIGN FB TWITTER INSTA

Another Short Escape

Pose cam haremm. Tak graduate lagi kelas modeling kata ko.

Fuh. Harini hari paling malas nak bangun pagi since aku start internship. Pat ploh kali snooze alarm -.- Ish ish. Ni sebab berjalan tak sedor diri weekend haritu ler. Tetiap minggu berjalan je kerjanya. Perasan? Tengok sini ^^ Another short escape to KL. Sabtu pagi naik bus, then jumpa Syahmi and classmate time form 4 form 5 dekat MRSM Pengkalan Chepa dulu. Syahmi dah nak fly ke UK this September so camtu la starting kengkonon reunion kitaorang.

Saturday (23 08 2014)

Naik bus dekat Terminal Sentral Kuantan sampai Terminal Jalan Pekeliling Lama. Sampai KL around 1130. Syahmi and Khalid pick me up and ambik another classmates then kitorang ke 1 Utama. A really well spent day. Sampai sampai OU terus pi sapedek sebab semua dah pakat kebuloq. Makan dekat Carl's Jr. Burger dia apak besor. Seksa nau nak habis kan but then lepas almost an hour duduk situ, manage to habiskan that burger. Sembang sembang. Then kitorang pergi Swing Bat dekat rooftop OU tu. 

Front: Syahmi. From left: Me - Bell - Amir - Khalid - Lan ^^
Macam biasa mainnya tak pandai, gaya je lebih. Ye lah. Tak pernah-pernah main, tiba-tiba main. Pegang pun tak tahu. Wanna try again tapi nak cari cikgu dulu. Haha. Main nya best. That feeling bila bat kita kena bola tu memang awesome but kalau tak kena memang stress lah kannn. Then pergi main bowling. Lepas tu pusing-pusing mall tu then balik rumah Wawa sebab sleep over kat sana. Malam tu just bergosip sampai tertidur. *Gegirl. Mana boleh tinggal gossips dia*

Sunday (24 08 2014)

It's Sunday! Hehe. Hari yang ditunggu tunggu kononnya. But then pagi tu macam takde semangat. Penat semalam tak hilang lagi --'' Sakit badan pulak tu lepas swing bat. Grr. Then pukul sebelas keluar dengan my unbiological brother, Abang Mal (Ekhmal Hisham). Dia ni senior time dekat MRSM Pengkalan Hulu dulu. 

Kitorang pergi dekat Laman Seni, Seksyen 7 Shah Alam. Bergambar sakan la konon. Aku ni jenis malu kalau tangkap gambar depan orang. *Kalau selfie takpe. Sebab sorang-sorang* Haha.

Kengkonon Sundate ah ni ken ^^

Then pergi makan dekat Pizza Hut Seksyen 7. Aku makan Seafood Lasagna *all time favourite* dengan Berrylicious ^^ Abang Mal makan Beef Meatball Spaghetti dengan Lemon Freeze. Then kitorang decided to watch a movie. Padahal kena rushing sebab bus balik Kuantan pukul 6 petang. Time tu dah pukul 3. Pergi la AEON Bukit Raja. Sampai sana around 3 suku and ambik slot pukul 3 suku jugak. Tengok cerita LUCY. Best ceriter tu ^^ Lepas tengok movie terus rushing to Terminal Jalan Pekeliling Lama, byebye byebye Abang Mal then naik bus dekat situ. *Dah macam kartun rasanya time tu*

#LorongBelakang
Angle ni macam nak mainkan perasaan aku je. Nampak tinggi dalam gambar tapi kenyataannya, harem.
"If the world could remain within a frame like a painting on a wall, I think we'd see the beauty and start staring in awe."

Aku bukan la jenis tangan cair *apakah? simpulan bahasa mana aku petik ni? Otak cair ade la kan* I mean, aku ni bukan la kreatif; pandai melukis (especially) tu but I really do enjoy art. Suka 'lemas' dalam those thing; tak kira la paintings, music and writings; poems.

Overall, thanks for a great weekend. It's tiring but it's worth it. Hope to meet all of you again soon. Kena cepat update sebab weekend ni ada another escape. Sakan ko, Syafiqah! Haha *happy plus rasa nak menangis mengenangkan sakit badan - penat but that's okay ^^ *

Kanak kanak paling riang yang pernah aku jumpa -.- Heheh
P/s: Okay aku penat gilaaaaaaaaaaaa. Asdfghjkl. P E N A T😭

Short Escape

Cherating.

Assalamualaikum guys. What a tiring day was yesterday. Penat yet enjoyful. Aku kena culik semalam. Ayat nak kontrobesi aje. Haha. Semalam lepak dengan memember practical. Selalu lepak kekejap je. Makan sembang membongek sambung kerja. But then semalam spend one day dengan diorang. Thanks bang syapik sebab ambik hantar saya budak kecik yang tak berapa rajin sangat nak melepak lepak ni *skema* Jangan nak aaaaaaaaabang sangat *tangan kebahu mata keatas*
Mula mula pi tengok movie, Into The Storm. Best! Thrill dia tu macam aku pulak yang tunggu nak kena dengan tornado tu. Senang citer, movie ni ajar yang,
“Tak kisah lah apa akan jadi dekat kita in future, as long kita bernafas. Kita hidup.”
Nak cakap kena bersyukur lah sebab kita still can breathe atas dunia ni. That tornado seems really scary duh. Yang paling penting sekali, Donnie handsome. Sekian.

Lepastu gerak pi Cherating. Around pukul empat sampai. Lepak lepak sembang hati ke hati, main air acah acah sweet, berlari berkejaran *overgila*, snap pictures lompat lompat tapi dah jatuh kedarat baru camera snap *cilakak*.

Mierra - Ika - Syafiq - Aee

Anak sape ni. Tolong la bawak balik. Kesian aku tengok ha.

Pastu on the way balik gi dinner dekat Teluk Chempedak pulak. Makan Chicken Chop and Apple Juice. Chicken Chop MYR5 only. Banyak. But then pedas. Aku lah yang tak tahan nya. Siap keluar air mata. Syafiq, Mira, Aee okay aje. Then, pi ambik angin kejap. Balik. Syafiq drop Mira and Aee and then hantar aku balik. Masuk rumah, terbongkang, pengsan. Sekian.

Thanks penculiks!

Salah Ke Aku?

Beware: Entri ni ada unsur unsur kebangangan.
"Hello. Awak memang cantik dari kecik ke?"

Assalamualaikum. Motif saaaaaaangat ayat dekat atas tu. Hihi. Tu a part of a song. My favourite song actually. Lagu Hello by Altimet ft. The Trisno Trio. Yang part Altimet rap tu paling aku suka. Siap hafal lagi part rap tu. Sedap. Tapi bila aku yang rap kan, confirm jadi macam dondang sayang. Kan Anas kan? *Motif. Saja nak mention Anas* Almaklumlah baru balik dari membongek dekat blog Anas baca entry raya dia dengan buah manggis dia. Eh.

Aku nak cerita ape sebenarnya? Sebenarnya takde idea nak update blog pun. Sebenarnya saje nak isi masa dekat office ni, nak tunggu balik. Mata aku dah berat gegiler. Padahai tidur awal nak mampus semalam. Lepas habis tengok cerita That Winter, The Wind Blows. Apak sedih ceghiter tu. Membazir air mata aku semalam.


Pakwe baru, Jo In Sung. Byebye Jin Hyuk ^^ Dilemma. Sebab still sayang Jin Hyuk. *Okey. Aimi giler. Mohon cari jejaka melayu untuk di buat buah hati pengarang jantung anda, Aimi Syafiqah* Haha. Jejaka sangat. Aku ni lemah betul bab bab nak cari term sesuai ni. In Sung ni pelat S aku rasa time dia cakap. Comel gila ^^ Lepastu time menangis pun still macho. Ehem. Lepastu dressing dalam ceriter tu semat semat. Setiap masa pakai long coat. Lepastu, dia caring and sweet gegiler. Lepastu, aku rasa dalam ceriter jelah dia sweet and caring gittuw. Lepastu, aku harap my future one will be like him. Lepastu, ketuk kepala sendiri. Mohon berhenti berangan.


Bercakap pasal jejaka. Dekat office ni dah tiga orang tanya pasal 'jejaka' aku -_- Dah tiga orang dan ketiga tiga nya perempuan. Bila aku cakap tak ade, tak pulak dia nak percaya. Lek lu kak. Saya baru 20. So terpaksa lah argue kan. Dah orang tak percaya. I manader nak bergayut bagai. Keluar pun tak ada. So far, tak pernah lagi lunch hour tu makan dengan orang lain. Topup selalu pun sebab internet. Tu pun sebab nak buat kerja blog. Tak ada kaitan dengan seorang yang bernama jejaka. Eceh. Tapi nak buat macam mana, argument aku semua ditolak mentah-mentah. 

Salah ke aku jadi seorang penyingle yang setia? *RIP BM. Haha* Single la bongek. Penyingle mai tang manaaa. Tolong lah bersara dari jadi pembongek tegar, Syafiqah.

Nak senang, cakap je lah ada yek. Tengok lah kat tab blog yang bergerak-gerak kat atas tu, 'Saya Girlfriend Choi Jin Hyuk' See? Soon aku rasa tukar jadi Saya Girlfriend Jo In Sung pulak. *Lepas tu kau berani cakap kau setia, Syafiqah? Ish ish ish.*

P/s: Alah, nanti ada lah 'dia' datang nanti bila dah sampai masa. 

P/s kepada p/s yang tadi: Aku bahagia dengan cinta aku yang sekarang. Yang dari dulu sampai sekarang. Ya. Yang dipeluk tu. Yang color pink tu. *gila* Okay byebye ^^

**Usap bahu sendiri. Tak salah, ika. Tak salah pun jadi single**

Entry ni untuk hiburan semata. Hidup jangan nak serius sangat. But then, semua yang aku ceriter ni betul, bukan rekaan semata :)

Kembali Pulang

Kekasih yang dulu hilang, kini dia telah kembali pulang. 
*acah acah karok jamban kejap*
Assalamualaikum guys. Ada cerita sedih happened to me and my cinta. Eceh, my cinta you. Sejak bila tahh gua ada cinta cinta ni.
So, me and my cinta ni rapat gegiler. Selalu ada time happy and sad. Selalu teman tidur tiap tiap malam. Siap peluk ketat kau. Taknak lepas. Pergi mana mana siap usung lagi, balik kampung, pergi rumah sewa, cuti jenjalan mana mana mesti berkepit dengan dia. *Loving konon*
But then, time balik raya haritu, aku tertinggal dia dekat kampung. Kau tahu, tiap tiap kali pergi mana mana, dia lah paling paling aku ingat. Sebelum balik, dia lah yang first aku check so that, I won't leave him anywhere.



Semalam dia sampai. My mom post him guna pos laju. Tak sampai 24 hours dah sampai Kuantan. Ni sayang pos laju ni. *Mana tak laju nya, dekat depan bungkusan tu siap tulis URGENT lagi hah*




Bantal busuk weh bantal busuk. He is my one and only bantal busuk. Motif guna ‘he/ him’? Saje nak kontrobesi kontrobesi sikit. Aku dengan dia berkepit since aku kecik lagi. Tak pernah berpisah. Ingat kan takpe lah kan tertinggal haritu but surprisingly tiga malam aku tak lena. Pukul 2, pukul 3, pukul 4 aku tersedar. Nampak kan parah dia tu cemaner?
Malam tadi aku bukan tidur, aku pengsan gamaknya. Tak sedar apa apa until pagi.
So, aku teka bila kawin esok esok pun still tak boleh nak berpisah jugak? *Emm yeker?* Cemaner ni encik husband? Hiks.
Kekasih yang dulu hilang, kini dia telah kembali pulang.
P/s: Mohon maaf atas kebangangan entri yang tak dapat dibendung lagi oleh penulis aimisyafiqah.com -.- I really miss my cinta so much <3

Owner Raya, Blog Pun Raya

Assalamualaikum my dearest readers. Sakan sungguh blog aku bercuti. Ni pun update sebab Anas tanya mana entri raya. Kalau tak malas nak update. Hihi. Entah nak kata mood raya tak habis lagi, memang dah tak beraya dah. Keroje. Just busy dengan preparation untuk Advisor Evaluation. Semalam lecturer datang company untuk observe kita and Alhamdulillah everything went well yesterday. Mula mula nervous tak agak time tunggu dia mai. Habis sakit perut nak muntah semua mai. Lepastu tangan sejuk muka pucat. Nasib baik lah takde pape. Okay je semalam^^ 

So, nak kena cerita pasal raya lah ni ye dok? (Dah Anas mintak entri raya kan) So, overall raya tahun ni was okay, so-so. Why? Because on the first eid, aku kena resdung. So tengah hari tu, lepas makan ubat, tidur sampai ke petang. Pengsan gua teka. So, tak beraya lah den. *Sobsobs*


Second eid baru pergi raya. Rumah junior time dekat sekolah rendah, Ajoi. His brother, Haikal is my bro’s ex-classmate time sekolah rendah. We went to the same school but then tak sekali sebab batch jauh. Beraya satu rumah je, tapi dekat tiga jam dekat rumah tu. Buat apa lama lama? Jangan tanya aku. *Beraya sakan der. Jejak kasih kateko* Haa. Ni lah pakwe nya (dalam gambar atas). Yang dalam entri projek balik raya with pakwe tu. Ingat? Ni lah dia. Abang aku je pun. Syafiq. Hihi *Pakwe sangat*

Third eid pergi rumah cikgu sekolah rendah^^ Cikgu Masitah ^^ Oh ya. Thanks for the kad raya from blogger retis kesayangan gua, Ainaa Roseberry ^^ *Gambar takde. Sebab kad kat rumah, sekarang kat office.* And thanks jugak to those pakciks and makciks yang bagi duit raya even though saya ni dah bangka. Hee

But then, aku rasa raya tahun ni yang paling beraya ialah PERUT aku. Makan tak hingat. Selera dinosaur mai tak kena masa. Lepas makan, makan. Lepas makan, makan lagi. Adeh. Tak banyak pun yang nak dicerita cuma satu je lah. Aku still kempunan nak makan lemang tepung. Takde orang buat pun time raya haritu. Sekian.

So, apa tunggu lagi. Kalau nak mencantikkan blog tapi tak reti or tak ade masa, busy kerja ke study ke, mai cepat cepat pm di  Facebook or dm di Twitter. Ataupun wechat je. ID: ikaasyafikaa ^^



Aku pun tak sure kenapa gambar atas ni macam ni. Bagak bagak semua gambar aku bagi. Haha. Bye ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...