HOME FOLLOW LOVE DESIGN FB TWITTER INSTA

Salah Ke Aku?

Beware: Entri ni ada unsur unsur kebangangan.
"Hello. Awak memang cantik dari kecik ke?"

Assalamualaikum. Motif saaaaaaangat ayat dekat atas tu. Hihi. Tu a part of a song. My favourite song actually. Lagu Hello by Altimet ft. The Trisno Trio. Yang part Altimet rap tu paling aku suka. Siap hafal lagi part rap tu. Sedap. Tapi bila aku yang rap kan, confirm jadi macam dondang sayang. Kan Anas kan? *Motif. Saja nak mention Anas* Almaklumlah baru balik dari membongek dekat blog Anas baca entry raya dia dengan buah manggis dia. Eh.

Aku nak cerita ape sebenarnya? Sebenarnya takde idea nak update blog pun. Sebenarnya saje nak isi masa dekat office ni, nak tunggu balik. Mata aku dah berat gegiler. Padahai tidur awal nak mampus semalam. Lepas habis tengok cerita That Winter, The Wind Blows. Apak sedih ceghiter tu. Membazir air mata aku semalam.


Pakwe baru, Jo In Sung. Byebye Jin Hyuk ^^ Dilemma. Sebab still sayang Jin Hyuk. *Okey. Aimi giler. Mohon cari jejaka melayu untuk di buat buah hati pengarang jantung anda, Aimi Syafiqah* Haha. Jejaka sangat. Aku ni lemah betul bab bab nak cari term sesuai ni. In Sung ni pelat S aku rasa time dia cakap. Comel gila ^^ Lepastu time menangis pun still macho. Ehem. Lepastu dressing dalam ceriter tu semat semat. Setiap masa pakai long coat. Lepastu, dia caring and sweet gegiler. Lepastu, aku rasa dalam ceriter jelah dia sweet and caring gittuw. Lepastu, aku harap my future one will be like him. Lepastu, ketuk kepala sendiri. Mohon berhenti berangan.


Bercakap pasal jejaka. Dekat office ni dah tiga orang tanya pasal 'jejaka' aku -_- Dah tiga orang dan ketiga tiga nya perempuan. Bila aku cakap tak ade, tak pulak dia nak percaya. Lek lu kak. Saya baru 20. So terpaksa lah argue kan. Dah orang tak percaya. I manader nak bergayut bagai. Keluar pun tak ada. So far, tak pernah lagi lunch hour tu makan dengan orang lain. Topup selalu pun sebab internet. Tu pun sebab nak buat kerja blog. Tak ada kaitan dengan seorang yang bernama jejaka. Eceh. Tapi nak buat macam mana, argument aku semua ditolak mentah-mentah. 

Salah ke aku jadi seorang penyingle yang setia? *RIP BM. Haha* Single la bongek. Penyingle mai tang manaaa. Tolong lah bersara dari jadi pembongek tegar, Syafiqah.

Nak senang, cakap je lah ada yek. Tengok lah kat tab blog yang bergerak-gerak kat atas tu, 'Saya Girlfriend Choi Jin Hyuk' See? Soon aku rasa tukar jadi Saya Girlfriend Jo In Sung pulak. *Lepas tu kau berani cakap kau setia, Syafiqah? Ish ish ish.*

P/s: Alah, nanti ada lah 'dia' datang nanti bila dah sampai masa. 

P/s kepada p/s yang tadi: Aku bahagia dengan cinta aku yang sekarang. Yang dari dulu sampai sekarang. Ya. Yang dipeluk tu. Yang color pink tu. *gila* Okay byebye ^^

**Usap bahu sendiri. Tak salah, ika. Tak salah pun jadi single**

Entry ni untuk hiburan semata. Hidup jangan nak serius sangat. But then, semua yang aku ceriter ni betul, bukan rekaan semata :)

19 comments:

  1. Insha Allah jadi orang Korea nanti ^_^

    ReplyDelete
  2. kelakar la ika nie..hihi... senyum2 bace entry nie..hihi.. betul2 hidup jangan nak serius sangat.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Hee ^^ Seronok buat orang senyum ni ^^

      Delete
  3. Alaa...keje dulu. biaqlah single pon kan. lagi bagus. fokus hdup pun satu je...hekhekhek

    ReplyDelete
  4. Memang best drama korea tu meleleh beb.haha

    ReplyDelete
  5. tak salah.. hehehe

    saya singgah sini dari blog mialiana.. :)

    jemput singgah : Hikayat Budak Pening

    ReplyDelete
  6. apsal aku selalu lambat balas kat entry kau? apsal entry kau kalau dah berupdate tak naik kat dashboard? apsal kau mention nama aku? apsal kau peluk bantal tu? apsal kau pun suka drama tu? apsal kau single? apsal kau nak nangis2? apsal kau? apsal kau? *sambung apsal kau sampai 900 patah perkataan. boleh camtu? ha, takyah duk pk pasal berpacaran sgt dik, kamu tu muda lagi, *mesti kau muak dgr org ckp gini dey? haha. relaxlah, bak kata ko, tak salah pun jadi single, ai single wad, bahagia sampai naik pipi --hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab kau tak alert :p Sebab aku mana tau dashboard kau punya problem lettew *ke kau tak follow aku?* Haha. Sebab kau kan skendel aku, kena la mention sokmo. Sebab bantal tu kekasih awal akhir yang selalu melekat dengan aku, thats why aku selalu peluk ketat. *Awat? Jeles?* Apsal aku nangis? Mana part aku tulis aku nangis? *Malas nak scroll atas* Apsal aku single? Susah nak jawab. But btw aku tak kisah pun kalau single, people surround je yang bizibody nak tau pasal relationship life aku --' Even aku takdak sapesape. Herherher

      Delete
  7. Tak salah ^^" Betul je.. hehee.. semoga cepat dipertemukan dengan jodoh ye.. hehe..

    ReplyDelete
  8. Ayat nak tackle awek la tu. heehe
    Tiey follow blog si cantik ni #1366. Salam perkenalan ye Si Cantik :)

    My recent post : Pecah Rekod Selfie Terbanyak Dunia

    ReplyDelete
  9. sama lah kita.. single jugak, bila mak sedara tnya dah berpunya ke belum ckap la x, tapi tak pecaya jwpan kita.. haha xpaham. tp sabar je laa..bukan masanya lagi kan.. keep smile :)
    btw, amik dip ke kat upsi?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...