HOME FOLLOW LOVE DESIGN FB TWITTER INSTA

Attention to all Rabuners


Siapa rabun?
Angkat ketiak!


Assalamualaikum. Harini nak cerita pasal masalah orang rabun. Aku rabun. Dulu masa kecik kecik kan perhh memang suka bebenor kalau dapat pakai spek mata. Tengok tengok naik form five, rabun betul betul. Ambik mung. Power 150 dua-dua belah mata. Sikit je. Suka sangat baca dalam gelap, main laptop and handphone dalam gelap. 

Tapi, yang sadisnya... empat/lima tahun kemudian..

Scene 1

Aku: Weh, ada nampak spek mata aku dak?
Member: Ko ghaser *rasa* ?
Aku: Cepatlah weh. Aku nak buat kerja ni. 

Masih lagi kelam kabut ke hulur ke hiliaq cari spek mata. Depan belakang kiri kanan atas bawah cari spek. Dengan mengecikkan mata (of course) Sedaya upaya tu mengecikkan mata nak cari spek.

Member: Cari lah elok-elok. Tu lah selalu sangat letak merata. (smirk)
Aku: Ishhhhhhhhhhhhhhhh ! (Garu kepala yang tak gatal. Terpegang something) Eh eh. (Sengih)
Member: Aku tumbok baru tahu.

Problem: Spek mata duduk atas kepala sendiri.

Scene 2

Aku: Mana spek mata kakak?
Adik: Lahh. Tadi kan ada pakai. 
Aku: Jatuh :/

Bangun nak cari spek mata atas lantai (Dah gaya orang buta tercekau-cekau) Fed up. Bangun. Nak langkah ambik satu tapak.

Adik: Stop. Stop. Stoppppp! (Tercungap-cungap adikku ha jerit stop. Nyaris memerlukan CPR)

Problem: Nyaris terpijak spek mata. Spek mata ada betul betul dekat kaki. Idok ler teman nampok.

Scene 3

Selalu keluar pakai eye lens sebabnya kau particular sangat dengan bentuk tudung kau. Yelah penat kut puh puh depan cermin dalam rumah before keluar tadi. Sekali, tengok-tengok lens buat hal. Terkoyak or jatuh dalam lubang sinki (happened once to me). 

Then, kau just ada tiga choice. Satu, keluar macam tu je dengan rabun kau tu. Dua, pakai spek which menampakkan gaya tudung kembang dan tak jadi itu. Tiga, tak payah/ tak jadi keluar. Kalau aku? Pilihan ketiga. Nampak tak betapa tak sukanya pakai spek mata. Dulu kekecik suka sangat. Hmph.

Scene 4

Whatsapp:

A: Sombong gila kau tadi masa dekat lecture hall. Macam ni la member. Mentang mentang la dah ada member baru. Bla bla bla... bla bla bla..
Aku: typing... typing... typing... Krik krik. (Tak guna reply. Dia bukan paham struggle orang rabun ni. *bawa diri*)

Problem: Ni nak habaq mai sikit. Bukan sombong, tak nampak la pandai.

Dah lima tahun pakai spek mata ni. Tak pernah pergi check power lagi dah. Tak payah check pun dah tahu dah. Rabun tahap apa dah. Baru 21. Tua-tua esok tak tahu la macam mana --' 
Apa lagi problem orang rabun? Mention dalam comment box ^^ 

Till then. Much love.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...