HOME FOLLOW LOVE DESIGN FB TWITTER INSTA

Masak-Masak: Shepherd's Pie

Assalamualaikum semua.

Tadi, bertapa kat dapur membawa ke petang. Sembang macam lama sangat duduk dekat dapur padahal masuk dapur pun dah late afternoon. Haha. Kengkonon berangan wife material la woi bertapa dalam dapur belajar masak. Practise makes perfect omputih kata. Kah! So, harini try lah masak Shepherd's Pie. Hah menatang apa tu? Haha. 

Bahan-bahan:

Part A: Mash Potato:
Ubi Kentang x 5 biji
Serbuk Lada Hitam
Fresh Milk (Tapi guna susu cair je. Malas nak pi kedai cari fresh milk)
Garam secukup rasa.
Serbuk lada sulah
Butter

Part B: Daging Cincang:
Butter
Bawang besar atau bawang holland x 1 labu  - potong dadu
Bawang putih x 5 ulas - cincang
Tomato x 2 biji - potong dadu
Daging cincang atau ayam cincang x 1 paket 
Tomato puree x 1 tin kecil
Sos cili x 3 sudu
Serbuk lada hitam
Garam gula secukup rasa

*optional - nak bubuh (dalam daging cincang) takpe, taknak bubuh takpe*
Nenas (dalam tin) - potong dadu 
Capsicum - potong dadu
Cendawan butang
Sosej - slice nipis
Mozarella Cheese - parut

Banyak lagi barang yang kurang
Cara-cara:

Part A: Mashed Potato.
1. Kupas kulit kentang. Potong kecik-kecik. Rebus sampai empuk.
2. Lenyekkan kentang. Kalau nak cepat, guna mixer.
3. Masukkan butter (sikit) , serbuk lada sulah, garam secukup rasa.
4. Masukkan 1/4 cawan fresh milk/ susu cair.
5. Gaul sampai rata.

Part B: Daging Cincang
1. Cairkan butter. Tumis bawang putih, bawang besar.
2. Masukkan daging cincang. 
Kalau ada bubuh sosej, masukkan sekali. Tunggu sampai dia garing sikit.
3. Then, masukkan tomato puree tu. Masukkan sos cili. 
4. Bubuh la garam gula serbuk lada hitam secukup rasa.
5. Masukkan tomato or/plus capsicum or/plus cendawan butang or/plus nenas.
6. Tunggu sampai dia sebati. Tutup api.

 
SHEPHERD'S PIE:
1. Letakkan mashed potato (Part A) as the first layer dalam bekas/ loyang.
2. Second layer, atas mashed potato tu, letak daging cincang (Part B).
3. Third layer, atas daging cincang, letak mashed potato lagi.
4. Kalau nak tambah layer lagi, tambah lah. Atas sekali letak mashed potato ya.
5. Sapu kuning telur, garu (buat garis) guna garfu. Kalau tak garu pun takpa aih. 
6. Parutkan mozarella cheese kalau awak awak suka cheese.
7. Masukkan dalam oven dengan suhu 180C untuk 25-30 minit.
8. Keluarkan
9. Ngap lah tunggu mende lagi.
10. Tiup dulu, karang terbakor lidah. Haha
11. Bismillah jangan lupa. Wassalam.
 
Aku sedekahkan senyuman adik aku dengan se potet shepherd's pie. Selekeh habis shepherd's pie aku T_T Haha

Kalau tengok ke gaya dan penulisan resepi ni nampak macam terer masak padahal nya merangkak lagi bab bab masak. Slow nak mampus buat kerja. Hahaha. Biasa lah. Newbie kan :p By the way, kalau tak jadi korang buat shepherd's pie guna resepi ini, maka sesatlah ajaran aku ini. Eheh. Of course lah menjadi, hangpa lagi terer. Cheq ni newbie!
 
Petanda apakah ini bila dah mula suka menggodek meng google resepi ni? Haha.

Again, Blog Berwajah Baru!


Assalamualaikum. Haaaa habih dah construction. Takdak dah bunyi bising grill, ketuk paku, gergaji papan. Takda batu bata bersepah dah and dah habis cat dah semua dinding. Wallpaper dah tampal (konon konon life size picture ah tu gambar aku tu) Hahahaha. Decided to disable the header but gambar dekat sidebar tu act as one (header). 


"The more you get to know about me, the more you can see my flaws. You can choose to leave me, but dear no one is flawless (perfect) enough. And if you stay in spite of my flaws, know that you can count on me 'cause I won't gonna leave you at your worst."
Hah, ambik gambar besaq gajah aku tampal situ. Hee. Takde idea nak update apa. Makanya, ini sahaja yang aku mampu bagi malam ni. Dah nak pi wash up, makan minum semua. Cramp habih duduk lama lama mengadap design, coding ni. 
Okay dak design cenggini? 
By the way, if korang perlukan service edit blog. Just contact me :) Contact details ada dekat sidebar. Kalau nak dibalas dengan cepat, whatsapp terus. *Untuk hal-hal business sahaja. Sebarang hai takkan dilayan. Lepastu jangan cakap orang sombong sebab tak reply. Emmm* TQSM.

Under Construction

Salam. Blog currently under construction. Makanya, mohon buat buat tak nampak kalau ada mana mana yang senget tonggeng terbalik mahupun bersepahan. Haha. Byee ^^

Masakan Ayaq Mata

Assalamualaikum. Tahu tak apa salah satu contoh pembaziran? Pembaziran itu bila kau bayaq domain mahal-mahal lepaihtu biar blog berhabuk tak ber update --' Syaiton sungguh sejenis pembaziran seperti ini (Nangis mengenangkan beberapa keping not merah buat bayaq duit domain haritu)

Akan tetapi, harini aku bukan nak bercerita pasal pembaziran or domain or what else but nak cerita yang haritu (Khamis) my mom balik kampung emergency sebab maklang warded. Ni baru sampai petang tadi. 

Maka, tinggal lah saya sebatang kara bersama seorang ayahanda. Dan juga bersama tiga ekoq orang adik yang tahu makan sahaja, basuh pinggan tak reti apatah lagi nak masak sendiri.

So, kerisauan aku yang paling utama ialah makan. Makan tak kisah, masak tu yang dikisahkan. Ini bukan kerisauan, ini kemalasan. Risau ler dah aku ni tak reti masak langsung ni *senyum sikit tunjuk kat mak mertua nak cover salah satu kekurangan ku yang ini (mak mertua celah mana nya. Tak ada)* Tolong mama tu ada la (tapi mengaku bukan selalu. Aku tak minta dilahirkan pemalas sebegini TT_TT Hahaha) Tapi, kalau memang dari sediakan bahan sampai lah siap masak, aku tak pernah buat sorang-sorang.

Maka terhasillah masakan ayaq mata seperti yang terhidang dibawah.

HARI PERTAMA


First day ni mama yang masak sambal before gerak balik kampung. Aku tambah telur dadar + ulam + budu sahaja ^^

HARI KEDUA


Second day, masak sayur tumis and kari ayam. Aku rasa seingat aku lah first thing yang aku pandai masak is curry. Sebabnya, aku gila curry. Bhahahahaha. Suka sangat makan kari ^-^

HARI KETIGA


Third day, buat ayam goreng kunyit. Simple. Lepastu macam biasa tambah lah ulam + budu. (Budu takleh tinggal, harap maklong. Haha. Ayah punya)

HARI KEEMPAT


Mula mula pagi tu goreng kuetiau je. Then petang, mi goreng :) Yang last day ni, masak mi goreng. Cousins mai hantar mama. Memula mama suruh sediakan bahan je. Tapi, aku gorengkan aje teruih. Serabut tengok dapur kotoq. Nak settle then relax. Empat hari mama takdak ni, tiap-tiap hari mandi pukul empat petang. Haha


Dan setelah beberapa hari aku jadi suri rumah sepenuh masa ni, I realized that seorang suri rumah itu wajib mandi sekurang kurangya empat kali sehari agar si suaminya tidak mencari suri rumah yang lain. Bhahahahaha. Buat kerja kat dapur ni lebih kurang je peluh dia macam kerja bancuh simen buat rumah :3

This is what supermom always amaze me. Dia banyak sangat buat kerja 'sambil-sambil'. Sambil masak, basuh baju. Lepastu sidai kain, sapu sampah, basuh pinggan mangkok hayun periuk belanga lagi. Sambil tengok tv, lipat kain. Banyak sangat sambilnya. Hebat sungguh ^-^ Aku ni, siput lagi laju buat kerja daripada aku kalau dia boleh buat. Hm 

Lepas masak, tiap kali orang dalam rumah baru nak suap makanan dalam mulut, aku pun mula lah menempek. Kengkonon nak ambik testimony. “Okay tak?” “Ada rasa tak?” “Rasa macam mi goreng tak?” (Dah kau masak mi goreng takkan nak rasa mi bandung pulak -.-)

Trademark masakan ayaq mata ni adalah smiley menangih yang diletakkan di setiap gambar yang menandakan ketidak relaan ku itu pada permulaannya. Haha. Comey kan smiley? Smiley tu mang comey, tabiat tak pandai dan malas masak tu yang tak berapa nak comey, aimi syafiqah oi.

 Lesson: Cooking is fun. Makan lagi lah fun. 'Malas' tu yang tak fun nya 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...