HOME FOLLOW LOVE DESIGN FB TWITTER INSTA

Masak-Masak: Shepherd's Pie

Assalamualaikum semua.

Tadi, bertapa kat dapur membawa ke petang. Sembang macam lama sangat duduk dekat dapur padahal masuk dapur pun dah late afternoon. Haha. Kengkonon berangan wife material la woi bertapa dalam dapur belajar masak. Practise makes perfect omputih kata. Kah! So, harini try lah masak Shepherd's Pie. Hah menatang apa tu? Haha. 

Bahan-bahan:

Part A: Mash Potato:
Ubi Kentang x 5 biji
Serbuk Lada Hitam
Fresh Milk (Tapi guna susu cair je. Malas nak pi kedai cari fresh milk)
Garam secukup rasa.
Serbuk lada sulah
Butter

Part B: Daging Cincang:
Butter
Bawang besar atau bawang holland x 1 labu  - potong dadu
Bawang putih x 5 ulas - cincang
Tomato x 2 biji - potong dadu
Daging cincang atau ayam cincang x 1 paket 
Tomato puree x 1 tin kecil
Sos cili x 3 sudu
Serbuk lada hitam
Garam gula secukup rasa

*optional - nak bubuh (dalam daging cincang) takpe, taknak bubuh takpe*
Nenas (dalam tin) - potong dadu 
Capsicum - potong dadu
Cendawan butang
Sosej - slice nipis
Mozarella Cheese - parut

Banyak lagi barang yang kurang
Cara-cara:

Part A: Mashed Potato.
1. Kupas kulit kentang. Potong kecik-kecik. Rebus sampai empuk.
2. Lenyekkan kentang. Kalau nak cepat, guna mixer.
3. Masukkan butter (sikit) , serbuk lada sulah, garam secukup rasa.
4. Masukkan 1/4 cawan fresh milk/ susu cair.
5. Gaul sampai rata.

Part B: Daging Cincang
1. Cairkan butter. Tumis bawang putih, bawang besar.
2. Masukkan daging cincang. 
Kalau ada bubuh sosej, masukkan sekali. Tunggu sampai dia garing sikit.
3. Then, masukkan tomato puree tu. Masukkan sos cili. 
4. Bubuh la garam gula serbuk lada hitam secukup rasa.
5. Masukkan tomato or/plus capsicum or/plus cendawan butang or/plus nenas.
6. Tunggu sampai dia sebati. Tutup api.

 
SHEPHERD'S PIE:
1. Letakkan mashed potato (Part A) as the first layer dalam bekas/ loyang.
2. Second layer, atas mashed potato tu, letak daging cincang (Part B).
3. Third layer, atas daging cincang, letak mashed potato lagi.
4. Kalau nak tambah layer lagi, tambah lah. Atas sekali letak mashed potato ya.
5. Sapu kuning telur, garu (buat garis) guna garfu. Kalau tak garu pun takpa aih. 
6. Parutkan mozarella cheese kalau awak awak suka cheese.
7. Masukkan dalam oven dengan suhu 180C untuk 25-30 minit.
8. Keluarkan
9. Ngap lah tunggu mende lagi.
10. Tiup dulu, karang terbakor lidah. Haha
11. Bismillah jangan lupa. Wassalam.
 
Aku sedekahkan senyuman adik aku dengan se potet shepherd's pie. Selekeh habis shepherd's pie aku T_T Haha

Kalau tengok ke gaya dan penulisan resepi ni nampak macam terer masak padahal nya merangkak lagi bab bab masak. Slow nak mampus buat kerja. Hahaha. Biasa lah. Newbie kan :p By the way, kalau tak jadi korang buat shepherd's pie guna resepi ini, maka sesatlah ajaran aku ini. Eheh. Of course lah menjadi, hangpa lagi terer. Cheq ni newbie!
 
Petanda apakah ini bila dah mula suka menggodek meng google resepi ni? Haha.

16 comments:

  1. sedapnya..buatkan untuk akk..ehhe..lama tak singgah blog aimi

    ReplyDelete
  2. Sedapnya...akak suka sgt shep pie ni...

    ReplyDelete
  3. huwaaa... nk try.. nmpk sedap...

    ReplyDelete
  4. ayokkk...sedap owh... rajin-rajin update resepi lagi eh yunk lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha allah kalau rajin. selalunya malas ^^ haha

      Delete
  5. whoaaa. nampak sedap. dulu hazy pun pernah buat !
    kak aimi dah masak2 ni tandanya dah sedia nak jadi chef kot.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. tang mana nampak sedap kakyong kawasan? ceq tengok tak menarik menghambat selera pun. selekeh sangat mendalah shepherd's pie tersebut -.-

      Delete
  7. nak tanya sticker doll ada gambar emi ngan watermark url blog tu nak carik katne (dalam gambar bahan2) sbb pusing2 Econsave tak jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha hoi blog aku ni ada rupa econsave ke apa bang nass woi? >< haha

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...