HOME FOLLOW LOVE DESIGN FB TWITTER INSTA

Masakan Ayaq Mata

Assalamualaikum. Tahu tak apa salah satu contoh pembaziran? Pembaziran itu bila kau bayaq domain mahal-mahal lepaihtu biar blog berhabuk tak ber update --' Syaiton sungguh sejenis pembaziran seperti ini (Nangis mengenangkan beberapa keping not merah buat bayaq duit domain haritu)

Akan tetapi, harini aku bukan nak bercerita pasal pembaziran or domain or what else but nak cerita yang haritu (Khamis) my mom balik kampung emergency sebab maklang warded. Ni baru sampai petang tadi. 

Maka, tinggal lah saya sebatang kara bersama seorang ayahanda. Dan juga bersama tiga ekoq orang adik yang tahu makan sahaja, basuh pinggan tak reti apatah lagi nak masak sendiri.

So, kerisauan aku yang paling utama ialah makan. Makan tak kisah, masak tu yang dikisahkan. Ini bukan kerisauan, ini kemalasan. Risau ler dah aku ni tak reti masak langsung ni *senyum sikit tunjuk kat mak mertua nak cover salah satu kekurangan ku yang ini (mak mertua celah mana nya. Tak ada)* Tolong mama tu ada la (tapi mengaku bukan selalu. Aku tak minta dilahirkan pemalas sebegini TT_TT Hahaha) Tapi, kalau memang dari sediakan bahan sampai lah siap masak, aku tak pernah buat sorang-sorang.

Maka terhasillah masakan ayaq mata seperti yang terhidang dibawah.

HARI PERTAMA


First day ni mama yang masak sambal before gerak balik kampung. Aku tambah telur dadar + ulam + budu sahaja ^^

HARI KEDUA


Second day, masak sayur tumis and kari ayam. Aku rasa seingat aku lah first thing yang aku pandai masak is curry. Sebabnya, aku gila curry. Bhahahahaha. Suka sangat makan kari ^-^

HARI KETIGA


Third day, buat ayam goreng kunyit. Simple. Lepastu macam biasa tambah lah ulam + budu. (Budu takleh tinggal, harap maklong. Haha. Ayah punya)

HARI KEEMPAT


Mula mula pagi tu goreng kuetiau je. Then petang, mi goreng :) Yang last day ni, masak mi goreng. Cousins mai hantar mama. Memula mama suruh sediakan bahan je. Tapi, aku gorengkan aje teruih. Serabut tengok dapur kotoq. Nak settle then relax. Empat hari mama takdak ni, tiap-tiap hari mandi pukul empat petang. Haha


Dan setelah beberapa hari aku jadi suri rumah sepenuh masa ni, I realized that seorang suri rumah itu wajib mandi sekurang kurangya empat kali sehari agar si suaminya tidak mencari suri rumah yang lain. Bhahahahaha. Buat kerja kat dapur ni lebih kurang je peluh dia macam kerja bancuh simen buat rumah :3

This is what supermom always amaze me. Dia banyak sangat buat kerja 'sambil-sambil'. Sambil masak, basuh baju. Lepastu sidai kain, sapu sampah, basuh pinggan mangkok hayun periuk belanga lagi. Sambil tengok tv, lipat kain. Banyak sangat sambilnya. Hebat sungguh ^-^ Aku ni, siput lagi laju buat kerja daripada aku kalau dia boleh buat. Hm 

Lepas masak, tiap kali orang dalam rumah baru nak suap makanan dalam mulut, aku pun mula lah menempek. Kengkonon nak ambik testimony. “Okay tak?” “Ada rasa tak?” “Rasa macam mi goreng tak?” (Dah kau masak mi goreng takkan nak rasa mi bandung pulak -.-)

Trademark masakan ayaq mata ni adalah smiley menangih yang diletakkan di setiap gambar yang menandakan ketidak relaan ku itu pada permulaannya. Haha. Comey kan smiley? Smiley tu mang comey, tabiat tak pandai dan malas masak tu yang tak berapa nak comey, aimi syafiqah oi.

 Lesson: Cooking is fun. Makan lagi lah fun. 'Malas' tu yang tak fun nya 


8 comments:

  1. okay dah tu...pandai dah tu, kena selalu mak tingga tinggalkan anak dara dia , baru boleh memasak utk keluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. that's exactly what my mom said, "kena selalu kena tinggal baru pandai masak." haha

      Delete
  2. simple, tapi mesti sedap kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. taktahu la T_T *takkan nak puji diri sendiri kut. hahahaha*

      Delete
  3. pandai masak, senang dapat laki

    ReplyDelete
  4. tipu lah tak pandai masak. boo.. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. boleh la sikit2. tapi banyak lg nak kena belajaq TT_TT

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...