HOME FOLLOW LOVE DESIGN FB TWITTER INSTA

Cerpen: Mimpi; Daerah Paling Indah


“It's like a dream...” aku berbisik sendiri.

Dengan hanya sehelai dress merah hati separas lutut dan rambut lepas separas dada yang berhiaskan sekalungan bunga diatasnya dan tanpa sebarang alas dikaki, aku berdiri di suatu tempat yang amat ganjil; tetapi sangat indah.

Aku memberikan pandangan kosong. Tak pernah seumur hidup aku berpijak di atas tanah seindah ini. Aku meluaskan pandangan kepada keadaan di sekeliling ku. Mata hitam ku mula membesar kerana kagum namun tak sebesar ketika pertama kali terpandang susuk tubuh mu dahulu. Hati kecil aku mula ingin melompat riang tapi tak setinggi riang nya dia ketika kali pertama kau menegurku.

Apalah makna nya jika berseorangan di tanah indah ini tanpa separuh lagi hati (yang sedang berada di suatu bandar jauh kerana memenuhi tanggungjawab dunia) disisi.


Berlantaikan pasir bersinar umpama berlian, ditumbuhi pohon-pohon yang melepaskan oksigen berbau wangian vanila wangian kesukaan ku, berbumbung awan putih dan merah jambu yang kelihatan nya seperti gula-gula kapas yang berterbangan. Matahari memancar terang namun anginnya agak dingin walau tanpa turunnya salju setitis pun.

Dihadapanku, ku lihat ada hamparan taman bunga yang dapat dilihat sejauh pandangan; tak dapat dilihat mata dimana penghujung nya. Diatas permukaannya, ada banyak kupu-kupu berwarna ungu yang berterbangan, juga sedikit kelopak-kelopak bunga berapungan. Berpagar kayu berwarna putih dan terikat dua ekor kuda di sebatang pohon besar berbuaian di tepi pagar itu. Seekor putih nampak royal, seekor hitam nampak kacak.

Namun, yang lebih menarik minat ku ialah bangunan putih yang berdiri di belakang susuk ku ini. Menurut penglihatanku, ia nya kelihatan seperti sebuah pintu masuk taman tema yang tak berpengunjung. Isi dalam nya sangat menarik hati dan mengunci pandang mata, namun tiada satu susuk pengunjung pun yang kelihatan.

Bagaikan ada suatu daya tarikan, aku masuk melepasi entrance taman tema itu. Semua nya berwarna putih dan pandangan mataku dipancar sedikit silauan sama seperti yang digambar gambar orang bila menceritakan tentang keadaan ketika berada didalam mimpi.

"Wake up, girl. Obviously, this is just a dream." Aku menampar kedua-dua belah pipi, cuba untuk kembali kepada yang nyata dan bangun dari mimpi yang tak aku ingin ini.

(Kerana aku hanya mahu nikmati yang indah-indah bersama separuh lagi hati disisi)

Aku tertarik melihat satu kamar putih yang berada di sebelah kananku, yang bagai melambai-lambai kearah ku, mengajakku masuk. Kedua belah kaki merentap pegangan kemas ‘minda’ yang tadinya bersusah payah untuk pulang ke alam nyata, sekaligus mengheret ‘hati’ yang kaku tak berperasaan sedari mula aku berpijak disini.

Kosong. Yang ada cuma sebuah pintu di hujung kamar putih itu. Juga jendela yang mengizinkan sedikit cahaya menerobos masuk ke ruangan ini. Di pintu itu, satu susuk berkemeja putih kelihatan berdiri membelakangi ku.

Jelas, aku terkejut. Kaku. Sangkaku, hanya aku berseorangan di daerah indah ini. Lantas, aku berlalu keluar cuba untuk tidak mengganggu dia yang mungkin bekerja atau menjaga taman tema kosong ini. Aku berasa sedikit terganggu dengan kehadiran (lebih kepada kemunculan) lelaki itu.

 

“Hati, lekas beritahu. Adakah kau telah menceroboh kawasan larangan (minda) dengan menggunakannya tanpa izin untuk merindui seseorang sebelum tidur ku malam tadi?” tanya ku dengan suara yang agak keras.

Hati terdiam. Teragak-agak untuk menjawab pertanyaanku. Telah ku haram kan ‘hati’ untuk menjejak kawasan ‘minda’ kerana berkali sudah permasalahan dan kerumitan terjadi gara-gara sekeping hati. Hati, suatu kewujudan yang paling kuat dan paling degil yang pernah kukenali.

Bahu ku dicuit dan dipeluk dari belakang. Aku terkejut lantas berpaling. Susuk tubuh di kamar putih tadi.

Separuh hati? Rupanya yang berada di dalam kamar putih yang berdiri dipintu membelakangi ku tadi adalah si separuh hati?


Aku tidak sedar namun ketika itu aku dan separuh hati sudah berada dalam satu pelukan yang panjang. The kind of hug you want to receive when you really missed someone. It feels so real. Like it wasn’t a dream anymore. I can feel every bit of the touch. I can hear every breath that we exhale and every beat of our hearts.


'We dream of people that we missed, that we are longing for. We think of them frequently and that thought become worse right before we go to sleep. As they said, it’ll be much harder to sleep when we missed someone, because they dominate both our mind... and heart.' Teringat aku kata-kata separuh hati ku itu suatu masa dahulu. Katanya, seseorang itu akan muncul dalam mimpi kita kerana kita selalu fikirkan tentangnya, kerana kita selalu rindu dan inginkan kehadirannya.

I miss him. That’s why I’m here. Di daerah indah ini and I don’t want to get out of here if this is the only way I can comfort this stubborn heart of mine, this demon inside.
  
“Just let me be in your embrace a little bit longer. Please...” pintaku dalam hati. Separuh hati kulihat hanya mengangguk. Mungkin mendengar apa yang ada didalam hati aku ketika ini. Kan jauh lebih mudah kalau di realiti kita mampu mendengar isi hati tanpa mengungkap patah kata. Mungkin banyak kerumitan antara kita dapat dileraikan. Mataku pejam rapat. Semakin erat pelukan panjang itu, semakin kurang rasa yang kurasa sebentar tadi. 
Aku buka mata, yang ada dihadapan pandanganku kini, hanya siling rumah yang berwarna putih. Yang memeluk aku kini, hanya sehelai selimut dan sekeping gambar separuh hati. Handphone ku capai.
“Good morning, love It was really really really nice to see you in my dream this morning! I miss you”

Send. Beberapa minit kemudian, satu pesanan masuk.
“It was really nice to see you in my dream too! I’ll always embrace you no matter how far we are from each other, love. I miss you more

Don't tell me... kita mimpikan hal yang sama? 
TAMAT 
Sebenarnya, realiti jauh lagi indah dari mimpi. Walau pun mimpi dan khayal nampak lebih indah dan realiti itu nampak lebih banyak kurangnya dari mimpi. We’ll find every bit of happiness dalam setiap kekurangan realiti. Itu yang membuatkan realiti lebih indah, love.

Separuh hati adalah seorang character lelaki (in case ada yang confuse). Lama dah tak menulis story about love. Em sambil sambil tulis, sambil sambil geli geli. Haha  

P/s: It's just a writing. Don't judge, please (: Long time no write. 

#bukanfiksyen 
#acahacahfantasy 
#cerpen

You can drop your comment(s) below after reading. Let me know your thoughts (: 

3 comments:

  1. aww.. i haf to punch a kitten to feel manly again. haha. tak tau nak komen apa, hati aku dah cari dah, ayat kau mmg indah2 belako emi oi. tersipu malu ai. dah terbayang2 je mcm mana taman tu, ada kelopak bunga terapung2, ada dua ekor kuda, hmmm, oh dan bangunan besar putih, keadaan dalam bilik tidur. semua Aclass la penulisan kau! Jeles aku. *nah, amik balik anak kau. eh, tak habis lagi. haha. In Sha Allah, dalam perancangan aku, nnt nak buat counter-post utk entry kau ni. In Sha Allah la. haha :)

    ReplyDelete
  2. cerita ni seriously macam fairytalee!! serious best

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...