HOME FOLLOW LOVE DESIGN FB TWITTER INSTA

Escapism: Must Have Item in Long Journey

Note: Excuse the usage of 'aku' in this post.
Aku suka travel. Tapi jarang travel. Suka travel alone. And wish to travel to many places alone nanti dah tua sikit, dah ada banyak duit sikit. Suka sangat travel alone, naik bus sorang-sorang, naik train sorang-sorang, tapi terlampau ramai yang tak bagi and larang travel sorang-sorang. Jadi aku sebagai seorang yang mendengar kata ni, dah tak buat lah perangai suka gi mana sorang-sorang tu. Haha aku pun tau takut. Sekarang ni macam macam boleh jadi. Ada sekali tu pergi mall, ada orang duk tegur-tegur ajak sembang. Sampai car park dia ikut. Scary -.-

Tapi sumpah lah kalau lah jenayah(?) ni tak wujud, memang dah sampai sabah sarawak dah aku sorang sorang (tu pun kalau ada duit). Memang pergi mana-mana pun sorang-sorang.

Imagine kalau kita travel alone and every places yang kita pergi, kita jumpa orang yang baik-baik. Bagi kita spend time dekat tempat dia, offer makanan yang sedap-sedap kat tempat dia, how great it is kan. Bukan nak kata kat dunia ni dah tak ada manusia baik, cumanya kita memang susah dah nak percaya dekat orang sebab selalu sangat kita dengar pasal benda buruk jadi. Makanya, kita ambil sikap terlebih berhati-hati dah tak ambik inisiatif untuk tegur and make friends with strangers. Ada tu ada tapi dah jarang sangat.

How irony: Kita travel untuk kenal tempat baru, cari pengalaman baru, jumpa orang baru tapi kita insisted on being alone, being too indipendent. Sebab? Sebab takut. Humanity is not scary, human being is (kadang-kadang)
Don't be afraid to try something new; new places, new people, new adventures. Carpe diem. Enjoy the moment for we can never go back in time. To travel is to live. And life is meant to be enjoyed.

Tolong jangan nafikan benda ni. Layan kan aja cakap cakap budak aimi syafiqah ini. Hahaha. So harini nak cerita apa Must Have Item in Long Journey aku.

Hand phone
Make sure kredit cukup and tak expired. Hal ini demikian kerana, ketiadaan kredit boleh mengakibatkan bermacam jenis kemungkinan kecelakaan ketika kecemasan. (Haa baku sangat. Mesti bangga cikgu BM aku kat sekolah dulu) Senang cerita, phone tu biar berkredit. Takut ada emergency. Kita takleh nak jangka benda kecemasan ni. Phone jangan simpan dalam bag, simpan dalam poket depan. Kalau phone besar gedabak, pikirlah sendiri tempat selamat.
Tapi aku suka sangat simpan phone kat poket belakang taktahu kenapa. Terasa swag sangat buat cenggitu.

Power bank
Phone ada credit balance RM100 pun tak ada guna kalau battery tinggal 1% masa emergency. Iya lah dah kau duk ulang playlist lagu empat puluh kali waktu dalam perjalanan tu mana tak habis battery tu. Jadi, sediakan lah powerbank. Semua ada sorang satu kan?

Earphones
Untuk mengelakkan kebosanan, kita (sesetengah) mestilah nak dengar lagu kan. Kena lah ada earphone. Takkan lah nak pasang loudspeaker pulak. Titiber jadi public radio dalam bus tu. Tapi kalau pakai earphone pun, jangan pulak kau sing along lagu tu kuat-kuat. Sesungguhnya, itu akan mengundang penumbuk berjemaah dari jemaah dalam bus tersebut. Iyelah. Pakai earphone mana nak sedar ternyanyi kuat-kuat. Tambah pulak bila pakai earphone ni kita selalunya rasa suara kita sesedap siti nurhaliza, adam levine atau g dragon. Hakikatnya? Krik krik.

Mp3 Player
Alternative lain untuk dengar lagu. Boleh save battery phone kalau guna mp3 player. Takyah bawak powerbank yang berat tu. Powerbank ringan ke? Entah powerbank aku berat macam bawak dumbell dalam handbag. *sense that hyperbole* But seriously, berat.

Sweater
Paling penting sebab perjalanan panjang. Kena lah selesa. Kalau tak bawak sweater, boleh guna wide shawl yang tebal sikit or bawak selimut je terus. Senang.
Dulu masa otw balik upsi dari kelantan, pernah makan berbelas jam sebab jammed. Memang berhibernasi lah sepanjang perjalanan sebab bus sejuk gila plus sedap sangat berselimut plus peluk bantal busuk. Tak malu sangat ah sebab keliling semua member haha

Sunglasses
Kena ada lah sebab nanti nak selfie acah acah retis. Eh? Selalu tak pakai sangat pun, letak atas kepala je. Tidak lah aku pasti macam mana sunglasses dapat menaikkan elemen keartisan itu. Nanti free aku buat research -.-

Books
Bagi yang tak ada motion sickness plus gila buku (macam saya) boleh lah bawak and baca buku. Selalunya, baca poetry books. Cousin aku dulu selalu persoalkan macamana aku boleh baca dalam bus yang bergerak dekat highway LPT (hutan plus jalan bengkak bengkok tu), but I really enjoy reading in any kind of journey.  

Chocolate
Kalau lapar and bus lambat lagi nak stop by any R&R, chocolate will definitely helps. Sedapnya kinder bueno -.-

Tambahan:

Kasut
Kalau travel jauh jauh, mohon pakai flat shoes. Takyah lah pakai wedges bagai, aku pernah buat sekali and sampai mati rasanya rasa menyesal tu takkan habis. Macam nak tercabut kaki. Sneakers, slips on, seliper, anything flat. Tapi kengkadang pakai flats lama lama pun sakit kaki gak. Try cari kasut yang jenis surface untuk kita letak kaki tu macam spongy, macam ada cushion sikit tu. 

Tudung
Pakai ler tudung instant. Kalau tak nak nampak macam maid atau macam ibu ber anak tiga, pakai lah shawl. Nampak lebih remaja. Kahkah. Pakai yang instant2, selesa sikit untuk perjalanan yang jauh dan panjang. Kalau engkorang spesies macam seorang aimi ni (tudung mempengaruhi mood), dinasihatkan tolong jangan pakai square scarf. Heheh

Duit and document penting
Duit, IC, kad bank, matric card uni. Elakkan simpan dalam handbag/ purse. Kalau aku, selalunya simpan dalam poket depan. Or letak dalam card holder and simpan dalam poket. Again, poket depan. Kalau tak ada poket, pakai ler sling bag ke..

Bucket List:
Road trip with bff (gizibes)
Road trip with le' husband (yang belum ku temui. Kah!) 
**dengan family dah selalu tapi still nak lagi lah in future. Of course**

Sekian sahaja celoteh panjang daripada saya. Lepasni janji tiga bulan senyap. Kihkih. Hope these tips help walaupun banyak yang merapu je hahaha. Hv a nice day! Kalau korang ada must item to have in long journey, boleh drop ur comment in the comment box below.

Order tempahan edit blog dan design kad sekarang! 014-530 5706 Design cards [here] 

4 comments:

  1. lagi best travel alone..tapi byk kene hati hati..hehe..

    ReplyDelete
  2. betul,,dgn travel kita melihat dan belajar,tinggal kan comfort zone :)

    ReplyDelete
  3. totally agree dengan aimi. kalau dunia ni aman damai entah2 dah sampai europe(kalau ada duit) kah.
    Part lepak fon kat poket belakang tu memang betullah . rasa macam swag gila kalau dah letak kat poket belakang.
    thiz iz zooo helpful >.<

    ReplyDelete
  4. Serious teringin gila nak travel.Tapi bukan kata travel, nak bawak kereta ke tempat belajar pun mak abah dah bising tak berhenti, ahahaha eyja renti kan jelah niat nak travel. hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...