HOME FOLLOW LOVE DESIGN FB TWITTER INSTA

Escapism: Must Have Item in Long Journey

Note: Excuse the usage of 'aku' in this post.
Aku suka travel. Tapi jarang travel. Suka travel alone. And wish to travel to many places alone nanti dah tua sikit, dah ada banyak duit sikit. Suka sangat travel alone, naik bus sorang-sorang, naik train sorang-sorang, tapi terlampau ramai yang tak bagi and larang travel sorang-sorang. Jadi aku sebagai seorang yang mendengar kata ni, dah tak buat lah perangai suka gi mana sorang-sorang tu. Haha aku pun tau takut. Sekarang ni macam macam boleh jadi. Ada sekali tu pergi mall, ada orang duk tegur-tegur ajak sembang. Sampai car park dia ikut. Scary -.-

Tapi sumpah lah kalau lah jenayah(?) ni tak wujud, memang dah sampai sabah sarawak dah aku sorang sorang (tu pun kalau ada duit). Memang pergi mana-mana pun sorang-sorang.

Imagine kalau kita travel alone and every places yang kita pergi, kita jumpa orang yang baik-baik. Bagi kita spend time dekat tempat dia, offer makanan yang sedap-sedap kat tempat dia, how great it is kan. Bukan nak kata kat dunia ni dah tak ada manusia baik, cumanya kita memang susah dah nak percaya dekat orang sebab selalu sangat kita dengar pasal benda buruk jadi. Makanya, kita ambil sikap terlebih berhati-hati dah tak ambik inisiatif untuk tegur and make friends with strangers. Ada tu ada tapi dah jarang sangat.

How irony: Kita travel untuk kenal tempat baru, cari pengalaman baru, jumpa orang baru tapi kita insisted on being alone, being too indipendent. Sebab? Sebab takut. Humanity is not scary, human being is (kadang-kadang)
Don't be afraid to try something new; new places, new people, new adventures. Carpe diem. Enjoy the moment for we can never go back in time. To travel is to live. And life is meant to be enjoyed.

Tolong jangan nafikan benda ni. Layan kan aja cakap cakap budak aimi syafiqah ini. Hahaha. So harini nak cerita apa Must Have Item in Long Journey aku.

Hand phone
Make sure kredit cukup and tak expired. Hal ini demikian kerana, ketiadaan kredit boleh mengakibatkan bermacam jenis kemungkinan kecelakaan ketika kecemasan. (Haa baku sangat. Mesti bangga cikgu BM aku kat sekolah dulu) Senang cerita, phone tu biar berkredit. Takut ada emergency. Kita takleh nak jangka benda kecemasan ni. Phone jangan simpan dalam bag, simpan dalam poket depan. Kalau phone besar gedabak, pikirlah sendiri tempat selamat.
Tapi aku suka sangat simpan phone kat poket belakang taktahu kenapa. Terasa swag sangat buat cenggitu.

Power bank
Phone ada credit balance RM100 pun tak ada guna kalau battery tinggal 1% masa emergency. Iya lah dah kau duk ulang playlist lagu empat puluh kali waktu dalam perjalanan tu mana tak habis battery tu. Jadi, sediakan lah powerbank. Semua ada sorang satu kan?

Earphones
Untuk mengelakkan kebosanan, kita (sesetengah) mestilah nak dengar lagu kan. Kena lah ada earphone. Takkan lah nak pasang loudspeaker pulak. Titiber jadi public radio dalam bus tu. Tapi kalau pakai earphone pun, jangan pulak kau sing along lagu tu kuat-kuat. Sesungguhnya, itu akan mengundang penumbuk berjemaah dari jemaah dalam bus tersebut. Iyelah. Pakai earphone mana nak sedar ternyanyi kuat-kuat. Tambah pulak bila pakai earphone ni kita selalunya rasa suara kita sesedap siti nurhaliza, adam levine atau g dragon. Hakikatnya? Krik krik.

Mp3 Player
Alternative lain untuk dengar lagu. Boleh save battery phone kalau guna mp3 player. Takyah bawak powerbank yang berat tu. Powerbank ringan ke? Entah powerbank aku berat macam bawak dumbell dalam handbag. *sense that hyperbole* But seriously, berat.

Sweater
Paling penting sebab perjalanan panjang. Kena lah selesa. Kalau tak bawak sweater, boleh guna wide shawl yang tebal sikit or bawak selimut je terus. Senang.
Dulu masa otw balik upsi dari kelantan, pernah makan berbelas jam sebab jammed. Memang berhibernasi lah sepanjang perjalanan sebab bus sejuk gila plus sedap sangat berselimut plus peluk bantal busuk. Tak malu sangat ah sebab keliling semua member haha

Sunglasses
Kena ada lah sebab nanti nak selfie acah acah retis. Eh? Selalu tak pakai sangat pun, letak atas kepala je. Tidak lah aku pasti macam mana sunglasses dapat menaikkan elemen keartisan itu. Nanti free aku buat research -.-

Books
Bagi yang tak ada motion sickness plus gila buku (macam saya) boleh lah bawak and baca buku. Selalunya, baca poetry books. Cousin aku dulu selalu persoalkan macamana aku boleh baca dalam bus yang bergerak dekat highway LPT (hutan plus jalan bengkak bengkok tu), but I really enjoy reading in any kind of journey.  

Chocolate
Kalau lapar and bus lambat lagi nak stop by any R&R, chocolate will definitely helps. Sedapnya kinder bueno -.-

Tambahan:

Kasut
Kalau travel jauh jauh, mohon pakai flat shoes. Takyah lah pakai wedges bagai, aku pernah buat sekali and sampai mati rasanya rasa menyesal tu takkan habis. Macam nak tercabut kaki. Sneakers, slips on, seliper, anything flat. Tapi kengkadang pakai flats lama lama pun sakit kaki gak. Try cari kasut yang jenis surface untuk kita letak kaki tu macam spongy, macam ada cushion sikit tu. 

Tudung
Pakai ler tudung instant. Kalau tak nak nampak macam maid atau macam ibu ber anak tiga, pakai lah shawl. Nampak lebih remaja. Kahkah. Pakai yang instant2, selesa sikit untuk perjalanan yang jauh dan panjang. Kalau engkorang spesies macam seorang aimi ni (tudung mempengaruhi mood), dinasihatkan tolong jangan pakai square scarf. Heheh

Duit and document penting
Duit, IC, kad bank, matric card uni. Elakkan simpan dalam handbag/ purse. Kalau aku, selalunya simpan dalam poket depan. Or letak dalam card holder and simpan dalam poket. Again, poket depan. Kalau tak ada poket, pakai ler sling bag ke..

Bucket List:
Road trip with bff (gizibes)
Road trip with le' husband (yang belum ku temui. Kah!) 
**dengan family dah selalu tapi still nak lagi lah in future. Of course**

Sekian sahaja celoteh panjang daripada saya. Lepasni janji tiga bulan senyap. Kihkih. Hope these tips help walaupun banyak yang merapu je hahaha. Hv a nice day! Kalau korang ada must item to have in long journey, boleh drop ur comment in the comment box below.

Order tempahan edit blog dan design kad sekarang! 014-530 5706 Design cards [here] 

Tempahan Edit Blog #19

http://probacedaran.blogspot.my/

For any blog editing service request, boleh terus Whatsapp ke 014-5305706 for fast replies (within 24 hours tapi selalunya cepat je reply In shaa Allah) Senang cerita apa apa terus whatsapp lah senang.

Review #4 Promosi Edit Blog

Assalamualaikum, guys. Alhamdulillah semalam blog Cik Wanie, member masa sekolah menengah dulu dah siap. Dia kata buat lah ko sesuka hati sesedap oren dekat blog aku tu. Maka aku yang menurut perintah ni pun buat lah sesuka hati aku. Theme color dia aku ikut color blog dia dulu which is pink (: For the whole look, boleh click here. 

And alhamdulillah lagi, semalam masuk job baru. Kerja freelance ni takde lah banyak mana tapi alhamdulillah lah still ada. Sapa sapa yang nak edit blog, boleh lah Whatsapp 014-530 5706 

Design postcard, bookmark, business card etc. [Click Here]
Kalau nak tengok design lain, boleh click tab design [Click Here]
For any inquiries/ order, just whatsapp 014-530 5706 

Review #2 #3 Promosi Edit Blog


Assalamualaikum. Kehadapan saudara saudari yang dirindui belaka. Baru je lepas siap design dua blog. Another one to go. Entah kemana perlu aku cari balik mood design yang dah ke laut cina selatan itu. Brain dah stuck, blocked dsb. Badan pun dah sakit sakit gila non stop mengadap photoshop and coding. Lalu aku berbisik kepada diri sendiri, cari rezeki takleh mengeluh dak emi. *engko ingat ini novel ke budak?*

In previous post, ada design kan blog cnblue kak sally. This time around, design personal blog kak sally. Kak sally request theme light purple. But kat bahagian sidebar, I used dark purple sebab kalau semua light purple nanti tenggelam, tak ada yang naik (menonjol). Thanks for using our service, kak Sally. Check the whole look by clicking this link okay? 

#3 - Blog Ima

Lepas siap design blog Kak Sally, sambung edit blog Ima. Ima request nak color ocean blue. (Aku siap google lagi color ocean blue tu macamane. Almaklumlah aku ni tak berapa nak ada sense macam kebanyakan perempuan terutamanya macam akak-akak yang jual shawl or bawal crepe kat ig yang segala mak nenek color dia tahu. Pink belacan, emerald green, olive green and etc. Aku hanya confirm tahu warna warna basic macam dalam kotak pencil color Luna yang selalu guna masa sekolah dulu. But still, aku taram je sebenarnya pakai color biru tu. Lepastu Ima ni siap boleh kata lagi:
Ima bagi kebebasan dekat Aimi untuk buat macam mana sekalipun asal kan guna warna ocean blue (lebih kurang macam ni lah dia kata) Apa lagi, melompat lah aku sebab dapat merasa kemanisan ber-customer tak cerewet macam gini ^^) Thanks for using our service 

Design postcard, bookmark, business card etc. [Click Here] 
Kalau nak tengok design lain, boleh click tab design [Click Here]
For any inquiries/ order, just whatsapp 014-530 5706 

Cerpen: Mimpi; Daerah Paling Indah


“It's like a dream...” aku berbisik sendiri.

Dengan hanya sehelai dress merah hati separas lutut dan rambut lepas separas dada yang berhiaskan sekalungan bunga diatasnya dan tanpa sebarang alas dikaki, aku berdiri di suatu tempat yang amat ganjil; tetapi sangat indah.

Aku memberikan pandangan kosong. Tak pernah seumur hidup aku berpijak di atas tanah seindah ini. Aku meluaskan pandangan kepada keadaan di sekeliling ku. Mata hitam ku mula membesar kerana kagum namun tak sebesar ketika pertama kali terpandang susuk tubuh mu dahulu. Hati kecil aku mula ingin melompat riang tapi tak setinggi riang nya dia ketika kali pertama kau menegurku.

Apalah makna nya jika berseorangan di tanah indah ini tanpa separuh lagi hati (yang sedang berada di suatu bandar jauh kerana memenuhi tanggungjawab dunia) disisi.


Berlantaikan pasir bersinar umpama berlian, ditumbuhi pohon-pohon yang melepaskan oksigen berbau wangian vanila wangian kesukaan ku, berbumbung awan putih dan merah jambu yang kelihatan nya seperti gula-gula kapas yang berterbangan. Matahari memancar terang namun anginnya agak dingin walau tanpa turunnya salju setitis pun.

Dihadapanku, ku lihat ada hamparan taman bunga yang dapat dilihat sejauh pandangan; tak dapat dilihat mata dimana penghujung nya. Diatas permukaannya, ada banyak kupu-kupu berwarna ungu yang berterbangan, juga sedikit kelopak-kelopak bunga berapungan. Berpagar kayu berwarna putih dan terikat dua ekor kuda di sebatang pohon besar berbuaian di tepi pagar itu. Seekor putih nampak royal, seekor hitam nampak kacak.

Namun, yang lebih menarik minat ku ialah bangunan putih yang berdiri di belakang susuk ku ini. Menurut penglihatanku, ia nya kelihatan seperti sebuah pintu masuk taman tema yang tak berpengunjung. Isi dalam nya sangat menarik hati dan mengunci pandang mata, namun tiada satu susuk pengunjung pun yang kelihatan.

Bagaikan ada suatu daya tarikan, aku masuk melepasi entrance taman tema itu. Semua nya berwarna putih dan pandangan mataku dipancar sedikit silauan sama seperti yang digambar gambar orang bila menceritakan tentang keadaan ketika berada didalam mimpi.

"Wake up, girl. Obviously, this is just a dream." Aku menampar kedua-dua belah pipi, cuba untuk kembali kepada yang nyata dan bangun dari mimpi yang tak aku ingin ini.

(Kerana aku hanya mahu nikmati yang indah-indah bersama separuh lagi hati disisi)

Aku tertarik melihat satu kamar putih yang berada di sebelah kananku, yang bagai melambai-lambai kearah ku, mengajakku masuk. Kedua belah kaki merentap pegangan kemas ‘minda’ yang tadinya bersusah payah untuk pulang ke alam nyata, sekaligus mengheret ‘hati’ yang kaku tak berperasaan sedari mula aku berpijak disini.

Kosong. Yang ada cuma sebuah pintu di hujung kamar putih itu. Juga jendela yang mengizinkan sedikit cahaya menerobos masuk ke ruangan ini. Di pintu itu, satu susuk berkemeja putih kelihatan berdiri membelakangi ku.

Jelas, aku terkejut. Kaku. Sangkaku, hanya aku berseorangan di daerah indah ini. Lantas, aku berlalu keluar cuba untuk tidak mengganggu dia yang mungkin bekerja atau menjaga taman tema kosong ini. Aku berasa sedikit terganggu dengan kehadiran (lebih kepada kemunculan) lelaki itu.

 

“Hati, lekas beritahu. Adakah kau telah menceroboh kawasan larangan (minda) dengan menggunakannya tanpa izin untuk merindui seseorang sebelum tidur ku malam tadi?” tanya ku dengan suara yang agak keras.

Hati terdiam. Teragak-agak untuk menjawab pertanyaanku. Telah ku haram kan ‘hati’ untuk menjejak kawasan ‘minda’ kerana berkali sudah permasalahan dan kerumitan terjadi gara-gara sekeping hati. Hati, suatu kewujudan yang paling kuat dan paling degil yang pernah kukenali.

Bahu ku dicuit dan dipeluk dari belakang. Aku terkejut lantas berpaling. Susuk tubuh di kamar putih tadi.

Separuh hati? Rupanya yang berada di dalam kamar putih yang berdiri dipintu membelakangi ku tadi adalah si separuh hati?


Aku tidak sedar namun ketika itu aku dan separuh hati sudah berada dalam satu pelukan yang panjang. The kind of hug you want to receive when you really missed someone. It feels so real. Like it wasn’t a dream anymore. I can feel every bit of the touch. I can hear every breath that we exhale and every beat of our hearts.


'We dream of people that we missed, that we are longing for. We think of them frequently and that thought become worse right before we go to sleep. As they said, it’ll be much harder to sleep when we missed someone, because they dominate both our mind... and heart.' Teringat aku kata-kata separuh hati ku itu suatu masa dahulu. Katanya, seseorang itu akan muncul dalam mimpi kita kerana kita selalu fikirkan tentangnya, kerana kita selalu rindu dan inginkan kehadirannya.

I miss him. That’s why I’m here. Di daerah indah ini and I don’t want to get out of here if this is the only way I can comfort this stubborn heart of mine, this demon inside.
  
“Just let me be in your embrace a little bit longer. Please...” pintaku dalam hati. Separuh hati kulihat hanya mengangguk. Mungkin mendengar apa yang ada didalam hati aku ketika ini. Kan jauh lebih mudah kalau di realiti kita mampu mendengar isi hati tanpa mengungkap patah kata. Mungkin banyak kerumitan antara kita dapat dileraikan. Mataku pejam rapat. Semakin erat pelukan panjang itu, semakin kurang rasa yang kurasa sebentar tadi. 
Aku buka mata, yang ada dihadapan pandanganku kini, hanya siling rumah yang berwarna putih. Yang memeluk aku kini, hanya sehelai selimut dan sekeping gambar separuh hati. Handphone ku capai.
“Good morning, love It was really really really nice to see you in my dream this morning! I miss you”

Send. Beberapa minit kemudian, satu pesanan masuk.
“It was really nice to see you in my dream too! I’ll always embrace you no matter how far we are from each other, love. I miss you more

Don't tell me... kita mimpikan hal yang sama? 
TAMAT 
Sebenarnya, realiti jauh lagi indah dari mimpi. Walau pun mimpi dan khayal nampak lebih indah dan realiti itu nampak lebih banyak kurangnya dari mimpi. We’ll find every bit of happiness dalam setiap kekurangan realiti. Itu yang membuatkan realiti lebih indah, love.

Separuh hati adalah seorang character lelaki (in case ada yang confuse). Lama dah tak menulis story about love. Em sambil sambil tulis, sambil sambil geli geli. Haha  

P/s: It's just a writing. Don't judge, please (: Long time no write. 

#bukanfiksyen 
#acahacahfantasy 
#cerpen

You can drop your comment(s) below after reading. Let me know your thoughts (: 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...